Tuesday 24 April 2012

JUBAH RASULULLAH SAW DAN PUTRINYA...????

Benarkah Ini Jubah Rasulullah SAW Dan Puterinya? Atau...

Tidak dinafikan sama sekali bahawa Muhammad SAW merupakan ikon dan idola paling agung di dalam sejarah peradaban manusia sejagat yang tiada tolok banding taranya.
Juga tidak dinafikan juga bahawa puteri Baginda, Fatimah Az-Zahra AS juga merupakan contoh terbaik kepada seluruh golongan hawa di mana beliau merupakan wanita kedua terawal dimasukkan ke dalam syurga sebagaimana yang dijamin ayahandanya, Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, setelah Rasulullah SAW dan puterinya wafat lebih seribu tahun lalu, barang-barang peribadi peninggalan dua insan istimewa ini turut menjadi perhatian dan menjadi sesuatu yang sangat tidak ternilai kepada seluruh umat Islam.
Antara barangan yang dikatakan milik peribadi peninggalan Rasulullah SAW dan Fatimah AS ialah dua helai jubah lusuh yang didakwa milik kekasih Allah dan puterinya itu.
Sekali pandang, mungkin ramai yang teruja melihat dua helai jubah tersebut.
Mungkin kalau boleh, seluruh umat Islam mahu memiliki, memeluk dan mencium jubah tersebut sampai tertidur.
Tapi, tidak pernahkan terlintas di fikiran umat Islam tentang kesahihan dua helai jubah yang dikatakan milik Rasulullah SAW dan puterinya itu?
Menurut riwayat para sahabat AS, Rasulullah SAW dan keluarganya hanya memakai pakaian dari jenis fabrik yang murah, kasar serta kurang kualitinya, manakala sesetengah riwayat pula menyatakan bahawa Baginda hanya memiliki sehelai jubah sutera yang dihadiahkan padanya.
Merujuk kepada jubah yang terpamer serta dikatakan adalah merupakan jubah peninggalan Rasulullah SAW dan puterinya itu, ia seolah-olah dari jenis fabrik yang kasar, rendah kualiti dan murah harganya.
Persoalannya, benarkah dua helai jubah yang rendah kualiti dan murah itu bertahan untuk lebih 1,400 tahun tanpa reput fizikalnya?
Benarkah kedua helai jubah itu diwarisi turun temurun oleh keluarga Rasulullah SAW sehingga ke hari ini?

Jika benar ia diwarisi turun temurun mengikut susur galur nasabnya, benarkah ia adalah tulen dan sememangnya sahih milik Rasulullah SAW dan puteri Baginda?
Bukanlah mahu mempertikaikan kesahihan identiti kedua helai jubah itu, namun adalah tidak mustahil wujudnya usaha pihak tertentu yang mempergunakan pengaruh Baginda SAW dan Fatimah AS untuk mencari keuntungan serta kemasyhuran.
Mungkinkah juga kedua jubah itu hanyalah satu model atau replika mengikut imaginasi pihak tertentu untuk menarik perhatian umat Islam adalah bukan milik Rasulullah SAW dan puterinya?
Di dunia akhir zaman yang serba canggih dan dikuasai oleh golongan Yahudi yang sering memberikan kepalsuan dunia ini, tidak mustahil umat Islam yang lemah mudah dimanipulasi dengan perkara-perkara sebegitu, bukan?
Mungkin ia sengaja diada-adakan bagi meningkatkan tahap ketaksuban umat Islam terhadap barang peninggalan Rasulullah SAW berbanding sunnah Baginda, siapa tahu?

DISKRIMINASI TERHADAP ISLAM DI EROPAH SEMAKIN MELONJAK..!!


Eropah – Masyarakat Islam di Eropah berdepan diskriminasi terutama dalam bidang pendidikan dan pekerjaan hanya semata-mata disebabkan mereka melaksanakan perintah Allah.
Perkara berkenaan dilaporkan berlaku di Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol dan Switzerland.
Menurut laporan yang dikeluarkan Amnesty International, antara diskriminasi itu ialah terhadap wanita yang memakai hijab dan lelaki muslim yang menyimpan janggut.
Pakar diskriminasi Amnesty International, Marco Perolini, keadaan ini menyebabkan ramai wanita Islam sukar mendapatkan pekerjaan manakala gadis Islam pula dilarang menghadiri kelas kerana mereka memakai skaf.
“Berbanding usaha untuk mengatasi prejudis ini, parti politik dan pegawai kerajaan juga mengetepikan peranan mereka untuk mengundi,’’ katanya.
Dalam laporan bertajuk “Pilihan dan prejudis : diskriminasi ke atas Muslim di Eropah’’ Amesty turut mengecam Belgium, Perancis dan Belanda kerana tidak membendung diskriminasi ini.
Keadaan ini, kata Perolini adalah bertentangan dengan undang-undang Kesatuan Eropah (EU).
“Peraturan EU melarang diskriminasi dalam apa jua pekerjaan atau agama namun apa yang berlaku sekarang, majikan tidak mengupah pekerja Islam, sekali gus kadar pengangguran di kalangan orang Islam di Eropah adalah tinggi,’’ katanya.
Perolini turut memberi contoh di mana kanak-kanak sekolah di negara terbabit dilarang memakai tudung atau pakaian yang menutup aurat.
Manakala di wilayah Catalonia di Sepanyol pula, ramai umat Islam terpaksa bersembahyang di luar bangunan kerana pihak berkuasa melarang pembinaan masjid kerana ia bertentangan dengan amalan dan tradisi penduduk di situ.

Umat Islam Berdepan Diskriminasi Di Eropah

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA NEGERI PERAK


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera Sahabat2...

Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia akan menganjurkan Siri

Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Negeri Perak 2012

seperti butiran berikut;
  • Tarikh : 19hb Mei 2012
  • Hari : Sabtu
  • Masa : bermula jam 8 pagi
  • Tempat : Dewan Banquet Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Bangunan Perak Darul Ridzuan.

  • Program anjuran Sekretariat Konvensyen dengan kerjasama BN Negeri Perak. Segala maklumat dan keterangan lanjut boleh didapati di laman FB Fan Page Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia.
  • Sepertimana siri jelajah dinegeri2 lain, sesiapa yang berminat untuk join boleh daftar awal untuk seats booking dan baju size reserve (baju diberikan percuma, untuk elakkan baju tak cukup).
  • Sila buat pre-registration butiran seperti berikut via inbox ke Facebook penulis atau email ke alamat email seperti yang tertera di sebelah kanan blog.
  • Nama penuh:
  • Alamat:
  • No K/P:
  • No Telefon:
  • Email:
  • FB/Twitter/Blog:
  • Size baju:

Boleh daftarkan bagi pihak kawan anda... atau untuk daftar berkumpulan...

Bagi pihak team sekretariat menjemput semua sahabat2 media sosial 


kelahiran Perak atau yang bermastautin di Perak... bagaimanapun, sahabat 

media sosial dari negeri lain yang ingin menyokong juga dialu-alukan....

Terima kasih...

Terkini : Bagi yang masih belum daftar pemilih SPR boleh daftar masa di

Konvensyen nanti... SPR akan buka kaunter pendaftaran dan semakan.

Sebarang perkembangan boleh dilihat di Page Sekretariat Konvensyen (Klik

link kat atas tu).

- Sekretariat -

AWAS!! 300 RIBU PENGGUNA MUNGKIN KEHILANGAN AKSES INTERNET JULAI INI....!!!

WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) hari ini memberi amaran bahawa lebih daripada 300,000 pengguna internet di seluruh dunia mungkin kehilangan akses internet pada Julai ini susulan satu penipuan bernilai jutaan ringgit. 

Bagaimanapun, pengguna boleh menarik nafas lega apabila FBI berjaya mencipta langkah penyelesaian yang mana mangsa siber itu hanya perlu melayari dcwg.org,

Bagi membolehkan mereka menyemak sama ada dijangkiti virus sekali gus menghapuskan sebarang perisian yang mendatangkan ancaman. Terdahulu, enam rakyat Estonia ditahan atas tuduhan penipuan pada November lalu, dua tahun selepas FBI melancarkan Operasi Hantu Klik bagi mengesan kumpulan yang menyerang komputer di seluruh dunia dengan malware “DNS Changer” mereka, yang berfungsi mendedahkan komputer itu kepada virus. - AFP

AWAS ANAK ANDA : BUDAK 4 TAHUN TEMBAK MATI BAPA KERANA PLAYSTATION..!!!

Budak 4 Tahun Tembak Mati Bapa Kerana PlayStation

RIYADH – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun menembak mati bapanya yang enggan membelikan PlayStation.
Akhbar Asharq memetik jurucakap polis di bandar Jizan, selatan Arab Saudi, sebagai berkata, kanak-kanak itu mengambil pistol bapanya dan menembak kepala lelaki berkenaan.
Menurut laporan akhbar itu, kanak-kanak terbabit meminta bapanya membeli sebuah PlayStation dan kejadian berlaku selepas lelaki itu pulang tanpa membawa mainan yang dihajati.
Ketika menanggalkan pakaian, lelaki berkenaan meletakkan senjata di bawah. Anaknya mengambil pistol itu lalu menembaknya dari jarak dekat. – AFP

TERKINI : MEMO PALSU PUAK PR FITNAH TUN M UNTUK CUCI DOSA ANWAR.... fuhh!!!


1. Maklumat yang kami dapat, pembangkang cuba menyebarkan memo palsu ini kepada pengikut mereka dan penyokong atas pagar melalui facebook untukmembersihkan DOSA Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan.

2. Straight to the point, ini adalah memo palsu tersebut.


3. Kesalahan utama dalam memo tersebut adalah alamat Pejabat Perdana Menteri. Untuk makluman, pejabat YAB PM tidak berada di blok barat sebagaimana dalam memo tersebut.

Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
MALAYSIA

4. Berikut adalah maklumat mengenai bangunan pejabat YAB PM dari laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri (http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1656). Sejak berpindah ke Putrajaya iaitu dari Tun Mahathir sehingga Dato’ Sri Najib, pejabat YAB tidak pernah berubah dari blok utama dan daripada tingkat 5 (bukan tingkat 3 seperti dalam memo palsu di atas).

Perdana Putra adalah Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Ia berkedudukan dalam Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru, Putrajaya berada dalam linkungan Multimedia Super Corridor (MSC) dan lebih kurang 40km daripada Pusat Bandar, Kuala Lumpur.

Perdana Putra mempunyai 6 blok bangunan yang terdiri daripada Blok Utama dan diapit oleh East Wing dan West Wing.

Pejabat Perdana Menteri berada di Blok Utama dan mempunyai keunikan tersendiri dengan adanya rekabentuk kubah diatas yang mengambarkan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

West Wing mengandungi pejabat-pejabat Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dan juga Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri. Disamping itu juga ia terdiri daripada Pejabat Lembaga Penasihat dan MIGHT.

East Wing diduduki oleh pejabat Ketua Setiausaha Negara, Bahagian Kabinet dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan.

Kedudukan tempat
Aras 1 - Pentadbiran Am dan Kewangan
Aras 2 - Bahagian Teknologi Maklumat
Aras 3 - Bilik-bilik Mesyuarat
Aras 4 - Bahagian Tugas Khas dan Bahagian Akhbar
Aras 5 - Pejabat Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Sulit.

5. Dari pemerhatian kami, penggunaan BLOK BARAT bagi merujuk kepada Pejabat Perdana Menteri adalahkhalayan pencipta kerana terlalu banyak menonton drama Hollywood “THE WEST WING”. Jika di Amerika Syarikat, memang benar Pejabat Presiden Amerika di WEST WING (Blok Barat) tetapi bagi di Malaysia, Blok Barat hanyalah Pejabat Timbalan Perdana Menteri.


6. Semoga informasi ini dapat menjernihkan satu lagi FITNAH terbaru pembangkang kepada Tun Mahathir. Peliknya bagi penyokong pembangkang, mereka mempercayai sesuatu yang dusta seperti memo di atas, tetapi menolak bulat-bulat bukti berbentuk video yang sememangnya mustahil untuk dipalsukan.

TUKAR - PAS KELANTAN MENGAKUI GAGAL URUS TADBIR WALAUPUN LEBIH 20 TAHUN MEMERINTAH..!!!


Apa yang tak cukup tu?

20 tahun pun tak cukup lagi?

RM1bilion lebih pun tak cukup lagi nak urus air?

Itulah akibatnya lantik menantu sendiri, Ariffahmi urus projek air Kelantan. Gagal macam ni pun boleh naik pangkat jadi CEO PMBK. Nasib baik dah letak jawatan.  

Kelantan Akui Tidak Mampu Siapkan Projek Bekalan Air Dalam Masa Singkat 

KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan mengakui tidak mampu menyiapkan sepenuhnya projek bekalan air bersih dalam tempoh singkat, walaupun kerajaan pusat memberi pinjaman tanpa faedah kira-kira RM618 juta, termasuk untuk projek bekalan air itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Md Anizam Ab Rahman, berkata ini kerana peruntukan itu diluluskan secara berperingkat mengikut keperluan dan pelaksanaan projek.

"Kita tidak mampu menyiapkan semua projek yang dilaksanakan dalam masa singkat walaupun peruntukan diluluskan melalui pinjaman kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Anggota Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, Isnin.

Md Anizam mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan kerajaan pusat telah menyalurkan peruntukan RM1.058 bilion, termasuk pinjaman tanpa faedah RM597.8 juta untuk Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih dalam tempoh 12 tahun. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata peruntukan itu membuktikan kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak pernah "menganaktirikan" Kelantan biarpun ia diperintah oleh PAS sejak 1990.

Katanya, peruntukan pinjaman yang sudah diterima AKSB setakat ini adalah RM540 juta daripada kelulusan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM618 juta. -BERNAMA

*Orang berjaya cari jalan, orang gagal cari alasan. Renung-renungkanlah.

PAS SOKONG LGBT DENGAN SEBAB........

INI SUARA HAJI HADI KAMU JANGAN SALAH FAHAM TAU : YB NASHA HANYA TUKANG CAKAP, TIDAK KAMU MEMAHAMINYA..........

Email asal dalam Bahasa Inggeris yang diterima oleh rakan blogger :


Why Is PAS supporting LBGT!

1. The strange part is why is PAS supposedly an Islamic party is supporting Ambiga? The leaders (like Mat Sabu, Nizar, Khalid Gereja and so many secular leader in PAS) are so power crazy that they are prepared to do anything!

2. The followers of PAS, shame on them, are so obsessed with the party that they have become deaf and dumb!

3. Are they followers of Islam or simply followers of a self-interested political party?

4. Does our public not see this?

5. It is incumbent upon every Muslim to put this right - or suffer the consequences.

Kata seorang Ustaz dari Kelantan yang belajar kat Mesir, "...Hati Mereka Telah Tertutup, Maka Mereka Tidak Melihat, Telinga Mereka Tidak Mendengar, Kecuali Mereka Yang Mendapat Hidayah Allah seperti Dato Dr Hassan Ali, YB Nasharudin...." (Sumber : MyMassa)

Lebih kurang maksud perkara 1, 2 dan 3 adalah :

"Bahagian yang pelik mengapa PAS kononnya sebuah parti Islam menyokong Ambiga? Pemimpin-pemimpin (seperti Mat Sabu, Nizar, Khalid Gereja dan begitu ramai pemimpin sekular dalam PAS) begitu gila kuasa bahawa mereka bersedia untuk melakukan apa-apa!"

Pengikut PAS,  begitu taksub dengan parti sehingga mereka telah menjadi pekak dan bisu!

Adakah mereka penganut agama Islam atau hanya pengikut parti politik yang mereka minati..?

IKAN KELI PERISAI YANG MEROSAKKAN TASIK..!!!


Hanya sekilas pandang sahaja, penulis nampak ikan ini cantik dan unik. Kalau dijadikan ikan hiasan di dalam akuarium tentu menarik perhatian, tapi beranikah? Spesis ikan yang dikenali sebagai Ikan Keli Perisai dan mempunyai corak kulit bersisik yang agak unik ini dipercayai antara ikan yang 'ganas' dan telah menyebabkan kerosakan pinggir Tasik Florida Selatan. Ikan ini dipercayai spesis ikan yang baru ditemui.

Spesies baru ikan keli perisai yang dikenali sebagaiPseudacanthicus sp. telah ditemui di Sungai Sipaliwini, Surinam oleh beberapa saintis dalam Program Conservation International’s Rapid Assessment di baratdaya negara tersebut pada Ogos dan September 2010.
Ikan ini tergolong dalam jenis ikan keli berperisai (armoured catfish) atau plat bertulang yang dilitupi dengan spina. Ini membolehkannya hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha kerana ia mempunyai pertahanan badan yang baik. ~ Reuters
Namun begitu, nama spesifik bagi ikan yang baru ditemui ini belum lagi diisytiharkan secara rasmi….


BACA SETERUSNYA.... DI SINI