Thursday 12 April 2012

PENGORBANAN SEORANG DOKTOR PELATIH SEHINGGA SANGGUP 'KORBANKAN' DIRINYA........


Gambar Hiasan
Seorang doktor pelatih dijumpai mati di dalam tandas di Hospital Kajang kerana dipercayai menyuntik sejenis ‘bahan’ yang belum dikenal pasti, melebihi dos yang dibenarkan.
Lee Chang Tat, 29, ditemui di dalam tandas lelaki di Wad Pediatrik hospital itu kira-kira pukul 7 pagi oleh seorang pekerja hospital yang sedang mencarinya.
Turut ditemui disisi mayat adalah jarum suntikan yang telah digunakan.
Apa yang ‘mengharukan’, mendiang dipercayai menyuntik bahan tersebut ditubuhnya bagi melawan kepenatan yang keterlaluan disebabkan tugasnya di situ.
Menurut The Star, Chang Tat yang telah bertugas di hospital berkenaan sejak tiga tahun lalu, telah bertugas ‘on call’ sejak lima hari berturut-turut.
Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, usaha menyelamatkan Chang Tat telah dilakukan namun ia tidak berjaya.
” Mendiang dikejarkan ke bilik kecemasan namun semuanya sudah terlewat,” katanya.
Menurutnya, Chang Tat tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum ini.
Seorang pengawal keselamatan hospital memberitahu, dia mendengar bunyi telefon bimbit mendiang dari luar tandas.
” Kami terpaksa memecahkan pintu tandas sebelum menemuinya bersama dengan jarum suntikan itu,” katanya.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, Chang Tat yang mendapat latihan perubatan dari Uruguay ada mengadu kepada keluarganya mengenai waktu kerjanya yang panjang.
” Keluarganya memberitahu Chang Tat merancang untuk bercuti di Kemboja bersama rakan-rakannya tidak lama lagi,” katanya.
Beliau mengesahkan bedah siasat ke atas mendiang menunjukkan yang beliau meninggal dunia kerana pengambilan dos yang berlebihan.
Baik, penulis ingin bertanya kepada anda, bagaimana anda melihat kematian doktor muda itu?
Benar, jika betul, tidak wajar beliau mengambil suntikan itu kerana rasanya beliau tentu maklum mengenai risiko yang dihadapi tetapi bagaimana pula dengan pengorbanannya untuk menyembuhkan pesakit di hospital itu sehingga terpaksa ‘mengorbankan’ dirinya sendiri?
Banyak yang kita boleh ambil iktibar dan renungan dari kisah sedih ini….takziah buat keluarga Dr. Lee Chang Tat.

RAHSIA PELAJAR PEREMPUAN BAWA RM800 TUNAI KE SEKOLAH, TERBONGKAR!!!


“Pihak sekolah telah menyerahkan pelajar tersebut kepada polis dan hasil soal siasat pelajar berkenaan memberitahu dia telah menjadi pengedar dadah sejak hampir empat bulan lalu dan memperoleh bekalan daripada bekas teman lelakinya"
Rahsia kehidupan mewah seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun terbongkar selepas guru sekolahnya di Kampung Raja di sini mendapati dia membawa RM800 ke sekolah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pelajar tingkatan dua itu disiasat oleh guru sekolahnya selepas melihat keadaan dia yang mencurigakan sejak belakangan ini.

Menurutnya, apabila disoal siasat gadis tersebut mengaku membawa wang dalam jumlah yang banyak hasil menjual pil kuda kepada bukan pelajar di luar sekolah.

“Pihak sekolah telah menyerahkan pelajar tersebut kepada polis dan hasil soal siasat pelajar berkenaan memberitahu dia telah menjadi pengedar dadah sejak hampir empat bulan lalu dan memperoleh bekalan daripada bekas teman lelakinya.

“Pelajar itu memberitahu mendapat upah kira-kira RM100 setiap kali dapat menjual dadah yang dibekalkan dan mendakwa dipaksa menjual dadah tersebut oleh bekas teman lelakinya,” katanya.

Kamaruddin berkata, pada jam 4.30 petang, Ahad lalu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah berjaya menahan teman lelaki pelajar itu di sebuah wakaf di Kampung Air Terjun.

Menurutnya, sebelum itu, suspek berusia 19 tahun cuba melarikan diri sambil membuang satu uncang ke tanah namun dia berjaya diberkas.

“Pemeriksaan dalam uncang berkenaan menemui sebanyak 70 biji dipercayai pil kuda manakala pemeriksaan pada badan suspek menemui 30 biji lagi pil kuda menjadikan keseluruhan sebanyak 100 biji serta wang RM650,” katanya.

Kamaruddin memberitahu, kejayaan itu membawa kepada tangkapannya abang suspek berusia 34 tahun pada jam 5.15 petang hari sama di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Air Terjun.

Hasil pemeriksaan di rumah abang suspek menemui tujuh pil kuda di dalam rumah berkenaan.

Sementara itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama dan pelajar berkenaan negatif dadah tetapi abang suspek pertama positif dadah pil kuda dan kedua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 39A1 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama manakala abangnya di bawah Seksyen 12(1) dan Syeksen 15(1) akta yang sama.



SUMBER

ADA BUKTI ZURAIDAH KAMARUDDIN PALSUKAN KEWARGANEGARAAN - Mohd Isa Saidi



Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) maupun polis perlu menyiasat dakwaan tersebut dan sekiranya benar Zuraidah menang ataupun menjadi calon parlimen tersebut melalui unsur-unsur penipuan, beliau perlu di bawa ke muka pengadilan dan dihukum selayaknya sekiranya beliau menipu sehingga berjaya menang sebagai Ahli Parlimen.

Biasanya Ahli Parlimen hilang kelayakan untuk menjadi MP adalah beliau pernah dihukum penjara dan tidak boleh menyertai parti politik selama lima tahun,didenda oleh mahkamah melebihi Rm2,000 ataupun telah diistiharkan mufils dan mungkin ada lagi sebab-sebab lain atau Zuraidah sebelum bertanding merupakan bukan warganegara Malaysia.

Tuduhan Mohd Isa Saidi, bekas Ketua Penerangan tersebut bukan tuduhan yang ringan kerana melibatkan institusi berparlimen dalam Negara ini dan SPR jangan sesekali memandang ringan dan perlu menyiasat hingga ke akar umbi tuduhan tersebut.

Ada juga tuduhan yang mendakwa bahawa Zuraida memalsukan dokumen warganegaranya kerana sebelum bertanding di Parlimen Ampang, beliau masih lagi Warganegara Singapura.

Soal Zuraida yang dikatakan begitu kuat menyokong gerakan LGBT tidak menghairankan kerana beliau sebelum ini pernah dikatakan antara pengamal tegar gejala tersebut dan rakyat sudah tidak hairan dengan cakap-cakap Zuraida hingga beliau digelar sebagai Mak Lampir ataupun pemimpin wanita bermulut longkang.


Artikel seterusnya, klik SANGGAH TOK JANGGUT

GEMPAR!!! BAYI YANG DIISYTIHARKAN MATI, DITEMUI MASIH HIDUP DI RUMAH MAYAT!!!


Bukan di Malaysia.... tetapi di..

BUENOS AIRES - Seorang bayi pra matang yang telah diisytiharkan mati, ditemui masih hidup selepas 12 jam dihantar ke sebuah rumah mayat di timur laut Argentina, kelmarin.

Menurut pegawai kesihatan Hospital Perrando di bandar Resistencia, keadaan bayi perempuan itu hanya disedari selepas ibunya bertegas mahu melihat mayatnya.

Kejadian tersebut mendorong ibu bapa Abigail Luciana menamakan semula anak mereka itu dengan nama Milagros Luz yang bermaksud ‘ajaib’ dalam bahasa Sepanyol.

Wakil setia usaha kesihatan wilayah Chaco, Rafael Sabatinelli berkata, berikutan kejadian tersebut mendorong satu kertas siasatan dibuka.

Lima orang termasuk doktor dan jururawat telah digantung sementara menunggu keputusan siasatan itu selesai. - AFP

***Sebelum ianya terjadi di sini.... harap pihak-pihak yang berkenaan lebih teliti dan memberi tumpuan ketika bertugas... atau ada kemungkinan anda akan di saman dan dilucutkan jawatan.... wallahu'alam.

GILA DAN HILANG AKAL ~ JUAL KEMALUAN LELAKI KEPADA WANITA BUJANG..!!!




SALIMA (Malawi) – Polis di negara ini menahan seorang lelaki berusia 24 tahun selepas dia cuba menjual kemaluan seorang lelaki berusia 45 tahun yang baru dipotong.

Polis di Lakeshore, di daerah Salima berkata, mereka menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang terlantar berlumuran darah dan tidak sedarkan diri bersebelahan landasan kereta api hujung minggu lalu. Namun, ketika lelaki itu dimasukkan ke hospital, doktor terkejut apabila mendapat tahu kemaluannya sudah hilang, lapor media tempatan.



Ketua polis Salima, Foster Mangani berkata, polis dihubungi supaya ke sebuah motel di mana pemiliknya melaporkan seorang tetamu cuba menjual kemaluan kepadanya dengan harga AS$360 (RM1,080).

“Kami segera bergegas ke motel berkenaan dan menahan suspek. Kami turut menemui organ sulit itu,” katanya kepada akhbar Nyasa Times. Polis mengenali identiti suspek sebagai Samuel Banda.

Gambarnya disiarkan akhbar bersama organ sulit yang sudah putus dan dibungkus dalam kertas putih. – DM

SUMBER

AL-FATIHAH ~ PENJAGA GOL MAUT KEPALA DISEPAK PIHAK LAWAN



Al Fatihah untuk Afiq Hamizan Abdul Hamid


Malang tidak berbau buat seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Semenyih yang menemui ajalnya, kelmarin selepas kepalanya cedera disepak pemain lawan ketika satu perlawanan bola sepak.

Difahamkan, mangsa Afiq Hamizan Abdul Hamid berusia 15 tahun itu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 2.45 petang kelmarin selepas menjalani pembedahan di kepalanya.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, dalam kejadian Isnin lalu, mangsa mewakili pasukan sekolahnya dalam kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat (MSSDHL) yang diadakan di sebuah sekolah menengah agama.

Menurutnya, mangsa yang bermain sebagai penjaga gol mewakili sekolahnya itu cedera di kepala selepas terkena sepakan pemain pasukan lawan.


“Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Semenyih jam 4 petang untuk rawatan oleh pihak sekolah.

“Bagaimanapun, keadaannya menjadi parah sebelum dihantar ke Hospital Kajang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, selepas doktor mengesahkan mangsa perlu menjalani pembedahan kepala berikutan darah beku selain keadaannya yang sudah kritikal, dia dibawa ke HKL pula namun gagal diselamatkan.

Katanya, mangsa meninggal dunia jam 2.24 petang kelmarin di HKL namun tiada unsur jenayah dipercayai menjadi punca kematian mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Sementara itu, ayah mangsa, seorang pengawal keselamatan, Abdul Hamid Saad, 50-an, berkata, arwah anak ketiga daripada enam beradik, aktif dalam sukan bola sepak.

Menurutnya, arwah cukup sihat dan aktif ketika pergi ke sekolah pada pagi kejadian dan tidak menyangka akan berjumpa anaknya dalam keadaan lemah serta tidak bermaya jam 4 petang pada hari sama.

“Ketika tiba di Hospital Kajang, anak saya sudah lemah dan hanya memaklumkan kejadian itu berpunca daripada kecederaan ketika perlawanan namun saya terkilan dengan pihak sekolah yang tidak memberi rawatan awal sebaik terkena sepakan itu.

“Pakar neurologi yang merawat anak saya turut memaklumkan kemungkinan anaknya dapat diselamatkan sekiranya rawatan diberikan lebih awal,” katanya.

Menurutnya, kesal dengan kecuaian dan kelewatan pihak sekolah mengambil tindakan, dia membuat laporan di pondok polis HKL selepas anaknya disahkan meninggal dunia.



SUMBER 

KEBIADAPAN AZMIN ALI, SITI MARIAH DAN CINA TIAN CHUA DI ISTIADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG KE 14

Tulisan Dr Rahman Kadir

11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.

Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.

Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.

Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.

Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.

Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.

Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.

Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.



Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

baca lagi di ANWARAIDC.COM