Saturday 17 March 2012

LAWATAN KERJA PM KE PERAK : SEPAGI BERSAMA PM DI BERUAS

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kad ucapan tanda terima kasih yang ditandatangani penduduk Changkat, Beruas pada program ‘Sepagi Bersama Perdana Menteri’ di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat, Beruas. 

LAWATAN KERJA PM KE PERAK : BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

PM Bersama Masyarakat Orang Asli Batu 7, Kuala Woh





 

 

 

Sebanyak RM30 juta akan dikhususkan sebagai peruntukan tambahan untuk masyarakat Orang Asli di seluruh negara, tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata peruntukan itu akan disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

LYNAS : APA FUNGSI PSC..???

 

IPOH  — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti berhubung isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, merupakan proses penglibatan bersama dengan orang ramai bagi memastikan mereka memahami perkara itu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu tidak akan membuat keputusan mengenai nasib projek itu.

"Ia perlu dilakukan melalui proses penglibatan dengan orang ramai dan bagi mereka (PSC) meneliti semua aspek projek itu terutama faktor keselamatan dan sebarang ancaman yang mungkin timbul kepada kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa yang menelan kos RM9 juta, di sini.

Laporan menyebut bahawa Kabinet yang bermesyuarat semalam memberi lampu hijau kepada penubuhan jawatankuasa itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung sebarang kemungkinan risiko ke atas keselamatan dan kesihatan.- BERNAMA

BLOGGER DI SARAN TERAPKAN NILAI2 KECINTAAN KEPADA NEGARA

Dr. Rais Yatim menyampaikan trofi dan sijil penghargaan kepada pemenang kategori Blog Gaya Hidup Terbaik Sepanjang Tahun, Safial Eqbal Zakaria pada Majlis Anugerah Media Sosial di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, malam tadi. Turut kelihatan Pengerusi Anugerah Media Sosial, Shahrul Hamid (kiri) dan Ketua Pengarah Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman (kanan). - UTUSAN


KUALA LUMPUR  - Pengamal media baharu termasuk penulis blog disaran menerapkan rasa cinta kepada negara serta sistem demokrasi yang menjadi amalan di negara ini.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan itu harus bijak memilih sama ada mahu menjadi seorang penulis blog biasa atau seorang aktivis sosial.


Katanya, seorang blogger biasa mempunyai niat untuk menyakiti perasaan orang lain manakala seorang aktivis sosial pula menulis untuk membina sebuah dunia yang lebih baik.


"Kita mahu melihat Malaysia yang lebih baik berteraskan toleransi penduduk berbilang kaum sejajar dengan gagasan 1Malaysia.


"Ini kerana, penulisan blog melalui media sosial akan melahirkan satu kehidupan baru meskipun ada pihak mengatakan kumpulan itu memainkan peranan negatif.


"Tetapi kita perlu lihat dari sudut yang positif kerana ia dalam kata lain dapat membentuk negara bangsa yang berjaya," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Anugerah Penulis Blog dan Media Sosial 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.


Anugerah tersebut mempertandingkan 30 kategori termasuk Blog Politik Terbaik yang dimenangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad manakala Ikon Media Sosial Tahunan pula dimenangi artis popular, Aznil Nawawi.

GEMPAR!!! DOKUMEN SULIT FGVH BOCOR!!!



Anuar Manap (kiri) bercakap pada sidang akhbar tentang penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia di Menara UOA, Bangsar Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR - Felda dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi menyiasat pihak yang membocorkan dokumen sulit berkaitan proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) kepada pembangkang.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abd. Manap berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana proses penyenaraian FGVH masih dalam pemantauan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

"Setahu saya, mana-mana dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit tidak boleh didedahkan kepada umum dengan sewenang-wenangnya.

"Kita sangat kesal kerana perbuatan tidak bertanggungjawab itu memberi ruang kepada pembangkang memutar-belitkan maklumat sulit tersebut dalam usaha menggagalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia," katanya.
- UTUSAN

EKSKLUSIF : DELEGASI HAMAS KUNJUNGI IBU PEJABAT UMNO.... BUKTIKAN PEMBANGKANG MEMANG JAGUH PUTAR BELIT!!!!

 

KUALA LUMPUR – Kunjungan hormat delegasi Hamas yang diketuai oleh Osama Hamdan selaku Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Hamas kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, petang tadi secara tidak langsung telah menjawab tohmahan pembangkang selama ini.
Semalam, di Parlimen isu sokongan kepada Israel dibangkitkan dan UMNO/Barisan Nasional (BN) telah dituduh tidak mengiktiraf perjuangan Hamas dan gagal menjalin hubungan dengan pihak terbabit.
“UMNO sentiasa menyokong perjuangan Hamas dalam menentang keganasan dan memastikan kemerdekaan rakyat Palestin dan tuduhan pembangkang terhadap kerajaan sengaja diada-adakan bagi menimbulkan persepsi kononnya UMNO dan BN tidak berbuat demikian,” jelas Tengku Adnan.
Dalam pertemuan tersebut, beliau telah meminta agar Hamas dan Fatah dapat mengenepikan idealogi masing-masing dan bersatu dalam menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel.
“Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara-saudara Islam kami di Palestin dan berharap agar Hamas dan Fatah dapat bersatu kerana apabila berpecah, pelbagai kekacauan boleh berlaku dan anasir-anasir luar akan mudah mengambil kesempatan.
“Di Malaysia juga, kita percaya pada kesatuan dan ia diaplikasikan dengan menyatukan pelbagai kaum, pelbagai etnik yang berbeza budaya dan agama bagi memastikan keamanan negara terpelihara,” katanya.
Terang Tengku Adnan lagi, situasi politik tempatan turut dikaitkan dengan keadaan di peringkat antarabangsa termasuklah hubungan dengan Hamas dan manipulasi pembangkang terhadap Israel sendiri.
“Ketua pembangkang sendiri iaitu Anwar Ibrahim pernah bersama-sama dalam UMNO dan tahu mengenai gerak kerja kita tetapi dia sendiri boleh melemparkan tuduhan sedangkan kerajaan Malaysia sentiasa menolak keganasan dan menyokong perjuangan rakyat Palestin,” katanya.
Timbalan Presiden PKR juga dilaporkan berkata bahawa keengganan UMNO untuk mengiktiraf Hamas sekali gus menafikan suara dan aspirasi rakyat Palestin, namun dengan kunjungan tersebut telah terbukti bahawa dakwaannya adalah tidak benar.
Dalam ucapan balasnya, Osama memaklumkan rasa penghargaan terhadap kerajaan Malaysia dan UMNO yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada rakyat Palestin.
“Alhamdulillah, negara-negara Islam termasuklah Malaysia memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan ini secara tidak langsung memberi kekuatan kepada kami,” katanya.
Turut serta dalam kunjungan hormat seramai enam orang ini adalah Pengerusi Badan Kebudayaan Palestin di Malaysia, Mohamad Husin.
– MediaUMNO

PRESIDEN PAS MALUKAN KETUA PEMBANGKANG..???!!!!!

Sebelum ini Anwar Ibrahim, kepimpinan pakatan pembangkang dan para bloggers pro-pembangkang beria-ia mengaitkan kewujudan perniagaan di antara Malaysia dan Israel.

Biar pun isu tersebut telah dijawab dengan fakta, mereka masih berdegil dan terus mengelirukan rakyat. Segalanya itu semata-mata untuk menghalalkan kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel.

Hari ini Anwar Ibrahim, kepimpinan pembangkang dan bloggers pro-pembangkang menerima tamparan hebat lagi memalukan apabila Hadi Awang, Presiden PAS sendiri berkata bahawa kerjasama dengan bangsa Yahudi terutamanya dalam bidang perniagaan dibenarkan!

Anda baca di sini :


SHAH ALAM 17 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti. – BERNAMA.
Sikap putar belit dan double standard kepimpinan parti pembangkang amat dikesali. Dalam masa yang sama, apakah kepimpinan pembangkang dan bloggers mereka berani meminta maaf kerana memburuk-burukkan parti lawan dengan isu yang telah dinyatakan oleh Presiden PAS sendiri? - MiM 

AHMAD MASLAN BIDAS PAS, DAP....!!!

Ahmad Maslan2 

TELUK INTAN  – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan membidas tindakan Pas dan DAP yang terus membisu berhubung dakwaan kononnya wujud kerjasama antara Parti Keadilan Nasional (PKR) dan dua badan asing berkaitan Yahudi.

Beliau berkata, sehingga kini pemimpin kedua-dua parti itu masih menyepi dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

"Kita tidak terperanjat dengan apa yang berlaku tetapi kita hendak dengar pandangan daripada rakan kongsi (PKR).. Pas dan DAP," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Ceramah Perdana di sini, malam tadi.

Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan wujud kerjasama antara PKR dan dua buah badan asing yang mempunyai kaitan Yahudi, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affairs (NDI), yang didedahkan oleh BN Selangor.

Beliau berkata sekiranya dakwaan itu benar, ia adalah satu perkara besar yang perlu diberi perhatian dan disiasat. – BERNAMA

ANWAR TAKUT RPK..???!!!

Anwar Minta RPK Disingkir Dari Forum WikiLeaks 

Anwar Minta RPK Disingkir Dari Forum WikiLeaks

PETALING JAYA – Dulu kawan tetapi kini bermusuh?
Mungkin itulah senario yang boleh dilihat dalam hubungan antara dua individu ini…Raja Petra Kamarudin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Portal Free Malaysia Today (FMT) melaporkan, Raja Petra telah disingkirkan daripada menyertai sebuah forum atas permintaan Anwar.
Forum tersebut dijadualkan berlangsung Sabtu ini di Kent, United Kingdom.
Perbincangan itu pada asalnya melibatkan Raja Petra, Anwar dan pengasas WikiLeaks Julian Assange.
Anwar sepatutnya mengambil bahagian dalam forum itu yang akan dibuat melalui Skype. Perbincangan itu dirakamkan untuk WikiLeaks.
Kini forum itu hanya akan menyaksikan penyertaan dari Anwar dan Assange sahaja.
” Saya menerima panggilan telefon dari WikiLeaks yang memaklumkan Anwar tidak bersetuju dengan penyertaan saya.
” Jadi forum itu nanti hanya akan melibatkan Julian dan Anwar.
“Saya setuju Anwar dimasukkan tetapi beliau yang tidak setuju untuk saya berada di situ sekali,” kata Raja Petra pada FMT hari ini.
Sehubungan itu Raja Petra membidas Anwar yang disifatkannya takut untuk berhadapan dengannya dalam perbincangan berkenaan.
“Bagaimana Anwar hendak berdebat dengan Najib apabila beliau terlalu takut untuk berhadapan dengan saya? Beliau patut cuba berdebat dengan saya dulu sebelum menghadapi Najib.
“Nampaknya Anwar tidak boleh bertoleransi dan menghormati kebebasan media serta pendapat berbeza.
“Beliau hanya akan berurusan dengan orang yang menyokongnya dan setuju dengannya.
” Jika inilah Anwar sebagai ketua pembangkang, saya takut untuk berfikir bagaimana jikalau beliau ditakdirkan menjadi Perdana Menteri,” kata Raja Petra.
Anwar dan Assange tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. (FMT)

JANJI MANISMU..!!!!


Janji janji manis pembangkang untuk meraih undi :-

1. Janji melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan di setiap majlis perbandaran dan majlis daerah masih tidak dikotakan oleh DAP

2. Janji Kerajaan PAS untuk memberikan kebebasan kepada kakitangan awam untuk menyertai parti politik secara aktif tanpa sebarang sekatan,masih tidak dilaksanakan.

3. Janji kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat memberikan cuti bersalin selama tiga bulan kepada kaum wanita bekerja di negeri pentadbirannya, masih tidak dikotakan.

4. Janji kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan cukai kediaman sebanyak 20 % dan cukai premis komersial 10% tidak ditunaikan.

5. Janji kerajaan Pakatan Rakyat untuk meyediakan modal dan kadar sewa premis paling minimum kepada belia dan surirumah yang berminat menjalankan perniagaan tidak ditunaikan.

6. Janji kerajaan Pakatan Rakyat membela nasib golongan miskin seperti petani dan nelayan supaya mampu mempunyai pendapatan melebihi dari garis kemiskinan tidak tercapai.

7. Jani kerajaan Pakatan Rakyat untuk menggantikan skim Rukun Tetangga dengan sistem yang lebih cekap di kawasan perumahan tidak dilaksanakan.

8. Janji kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membatalkan tol dan caj parking letak kereta pada hujung minggu di Pulau Pinang tidak dilaksanakan.

9. Janji kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk menutop kilang arak masih belum ditunaikan malahan ditambah besar lagi.

10 Janji Pakatan Rakyat untuk melenyapkan kes kes murtad juga tidak dilaksanakan malahan disokong pula oleh para pemimpin pembangkang agar mereka yang mau murtad dibenarkan berbuat demikian.



Satu daripada janji pembangkang ialah untuk meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap RM 4,000 dalam tempoh lima tahun ,menjelang 2015. Untuk melaksanakan janji ini, mereka memerlukan sekurang kurangnya RM 93.9 billion setahun untuk diagihkan kepada 3.8 juta isirumah berpendapatan rendah dengan kadar imbuhan purata RM 2,045 bagi seorang isi rumah.

Ulasan : Berdasarkan analisis yang dijalankan oleh Pemandu (Perfomance Management & Delivery Unit), Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), dan Kementerian Kewangan terhadap segala janji pembangkang dalam buku Jingga, negara akan mengalami bajet defisit sebanyak 27.5 % daripada KDNK bagi tahun pertama pelaksanaan janji janji tersebut. Kerajaan perlu membelanjakan RM 199 billion lagi wang pembayar cukai untuk memenuhi belanjawan itu dan seterusnya akan melonjakkan lagi hutang kerajaan kepada RM 617.1 billion. Jika ini berlaku, cukuplah dua tahun sahaja untuk hancur ekonomi Malaysia dan Malaysia muflis.

Kesimpulan : janji akan tinggal janji kerana puak pembangkang tidak pernah memikirkan kepentingan rakyat. Segalanya adalah retorik dan sekadar menarik undi. Kuasa telah melampaui batasan akidah dan kepentingan rakyat. 




OLEH ITU :

 


SEKALI LAGI :


 

TQ : AH

BUKTI BERGAMBAR PKR DIBANTU OLEH YAHUDI....

Rakan Blogger The Uspinners memberi bukti-bukti bergambar yang menunjukkan PKR mendapat bantuan kepakaran asing termasuk Yahudi Zionis dalam persediaan menghadapi pilihanraya umum (PRU).Bukti-bukti bergambar itu menunjukkan tokoh-tokoh PKR sedang dilatih oleh sebuah yayasan Kristian yang berpengkalan di Jerman, iaitu Friedrich Naumann Foundation (FNF).Salah satu bukti gambar adalah program“Strategic Training For Success Workshop” anjuran anjuran Biro Latihan PKR Pusat pada 19-20 Jun 2009.

“Di dalam gambar di atas, kelihatan di tengah Naib Presiden PKR sekarang Fuziah Salleh, yang duduk di Bangi tapi tak service kawasan mereka di Kuantan tapi main isu kawasan orang lain di Indera Mahkota.Wanita sebelah kanan Fuziah adalah Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul dan di kirinya adalah Mr. Manfred Ritcher.

“Dr. Pimrapaat Dusadeeisariyakul adalah program manager FNF di Malaysia. Dia banyak melibatkan diri memberi pandangan berkenaan kempem pilihanraya di Malaysia dan memberi tunjjuk ajar kepada ahli politik muda”, lapor the Unspinners dalam artikel bertajuk “Ada gambar … apa lagi Azmin nak nafi“.



Selain Fauziah Salleh,turut kelihatan dalam gambar itu adalah Johari Abdul, Sivarasa Rasiah dan Fariz Musa, bekas Timbalan Ketua AMK Pusat dan Ketua AMK Terengganu yang kini bergiat cergas dalam NGO Jingga 13.Turut kelihatan dalam gambar itu adalah ‘seorang lelaki asing’ yang berada di barisan hadapan bersama-sama aktivis PKR.

Namanya adalah Manfred Ritcher yang merupakan Bendahari kepada jawatankuasa pengarah FNF, Potsdam, Jerman.

Turut diberikan bukti, adalah gambar yang menunjukkan Manfred Ritcher sedang bercakap sambil ditemani oleh Fauziah Salleh yang ketika itu merupakan Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Pusat.Menurut laman fnfasia.org, Manfred Richter selain terlibat aktif dalam FNF, beliau juga merupakan bekas ahli parlimen dan setiausaha Parti Free Demokrat di Jerman.



Laman itu melaporkan Manfred Richter terlibat aktif melatih kader-kader di negara-negara sasaran, termasuk Malaysia,Thailand dan Korea.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lebih daripada 200 rakyat Malaysia telah menghadiri seminar di Akademi FNF Antarabangsa bagi Kepimpinan (IAF) di Gummersbach,Jerman.Hari ini, rangkaian perkhidmatan yang luas IAF Alumni – FAN Malaysia – adalah platform Liberal dan forum yang bertenaga untuk perbincangan politik”, lapor laman fnf.org




Menurut laman itu, di Malaysia,FNF bekerjasama dengan portal Malaysiakini untuk menjayakan prinsip kebebasan bersuara dalam mencapai matlamat kebebasan masyarakat sivil.Selain itu, FNF turut mengakui rakan kongsinya di Malaysia adalah NGO SIS (Sisters in Islam), IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs) dan ERA Consumer.

LAGI ....KLIK DI SINI