Tuesday 6 March 2012

KISAH BENAR: PENGAKUAN TENTERA ISRAEL TERHADAP ISLAM!!

Pengakuan Tentera Israel : "Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Seramai Solat Jumat"

Solat Subuh di Masjid Akbar New Delhi

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negri Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?" Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis 
"Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami."Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.

Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, karena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.

Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Karena orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan.



:   SUMBER   :

DANA YAHUDI UNTUK TAWAN PUTRAJAYA..!!!



Tun Mahathir menyatakan bahawa dana daripada NGO asing telah membiayai Anwar Ibrahim. Dana asing dipercayai masuk ke negara ini melalui Anwar sejak pembebasannya pada 2004. Kelibat Anwar Ibrahim di luar negara bersama denga Wolfowitz dan Dr Otto Graflambsdorff, Pengerusi Friedrich Naumann Stiftung (FNS). 

Juga dana daripada NED yang dipercayai turut sama membiayai beberapa NGO yang bertopeng demokrasi (baca sini). Kini kita semakin faham kenapa Anwar Ibrahim begitu degil hendak menarik balik kenyataannya dalam Wall Street Journal (WSJ) berhubung sokongannya terhadap Israel. 

 Dana asing tersebut lebih kuat peranannya berbanding amaran Nik Aziz. Anwar lebih takut hilang dana dan kawan Zionis di luar negara berbanding hilang PAS sebagai kawan. Peliknya, PAS masih lagi mahu memaafkan Anwar. Apakah PAS tidak tahu Anwar berbohong dan sanggup tinggalkannya?

:  SUMBER  :

ISU KOREK PASIR SUNGAI DI PERAK


Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak meminta semua agensi penguatkuasaan bekerjasama bagi menangani masalah yang timbul disebabkan aktiviti mengorek pasir sungai.

Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, ini kerana kegagalan memantau aktiviti itu menyebabkan negeri mengalami kerugian hasil serta memberi kesan kepada ekosistem semula jadi sungai-sungai di Perak.

"Taksiran kerosakan (akibat aktiviti mengorek pasir di sungai) pada tahun 2006 adalah sebanyak RM4.5 juta dan ia terus meningkat sehingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberikan contoh aktiviti pengambilan pasir di Kampung Sungai Kelawar yang terletak di sempadan Perak dan Selangor telah merosakkan kawasan sungai serta jalan raya.

Selain itu, aktiviti mengorek pasir itu juga dikhuatiri akan menimbulkan masalah serius kerana semua loji pembersihan air Lembaga Air Perak terletak berhampiran sungai.

"Kita juga mencadangkan supaya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri supaya melihat semula ketetapan dan peraturan sedia ada bagi memastikan aktiviti ini tidak memberikan kesan yang tidak baik kepada kualiti air,” katanya.— BERNAMA

LYNAS : DI SINI ADA FAKTANYA..... (EDISI 2)

SEBELUM MERASA TAK FAHAM APA ISI KANDUNGANNYA....
BACA DULU YANG INI... DI SINI 


14.  FAEDAH
       
      I.  PELABURAN DAN KEWANGAN
  • Pelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM 2.3 billion.
  • Fasa Pertama  -  modal pelaburan sebanyak RM1.318 billion. Sebanyak RM 618 juta dibelanjakan di Malaysia termasuk RM 235 juta yang diberikan kepada kontraktor di Kuantan.
  • Fasa Kedua  -  Modal pelaburan ialah RM 700 juta di mana 50% daripadanya akan dibelanjakan di Malaysia.
  • Kos Operasi ialah RM 400 juta setahun / mulai 2013 RM 600 juta.
           - Servis Luar  :  Pengangkutan dan penyenggaraan
           - Tenaga Kerja  :  Keselamatan, mekanikal, elektrikal, sivil, gudang dan proses.

     II. TENAGA KERJA
  • LYNAS akan mengambil 350 pekerja, terdiri dari 75 ijazah teknikal, 15 ijazah bukan teknikal dan 260 tenaga kerja mahir dan separa-mahir.
  • 250 pekerja kontrak tetap
  • 100% kakitangan  LYNAS Malaysia termasuk pihak pengurusan adalah rakyat Malaysia kecuali 4 pakar nadir bumi dari Negara China.
  • Industri sokongan akan menjana 1000 peluang pekerjaan tambahan.
  • LYNAS mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60an.
     III.  FASA PEMBINAAN
  • Lebih 2k orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan.
  • Menyediakan peluang perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
     IV. AKTIVITI PERINTIS

          Besar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk LYNAS akan mendirikan kilang di   
          Malaysia seperti :
  • Magnet Rare Earth - Siemens telah menandatangani kerjasama dengan LYNAS untuk mendirikan kilang magnet dengan anggaran pelaburan sebanyak RM 500 juta.
  • Hybrid vehicle
  • Catalytic converters
  • Polishing powder
  • Flat Panel displays
  • Ceramic capasitors
  • Compact fluorescent lights
  • Fuel cells
  • NiMH batteries
15. LESEN PRA-OPERASI

Namun begitu, pihak LYNAS memerlukan lesen Pra-Operasi seberapa segera untuk membuktikan bahawa segala data yang dikemukakan adalah benar dan kilang LYNAS adalah selamat kepada pekerja, orang awam dan alam sekitar.

16. APA KATA SAINTIS NUKLEAR.....

LYNAS SELAMAT......Ianya diakui sendiri oleh saintis nuklear yang merupakan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor, Dr. Che Rosli Che Mat....

Al-Ruwaibidoh adalah satu golongan yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w. akan kemunculannya menjelang kiamat. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh.Parasahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi. 
Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari :-sanadnya baik. Al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah juga menyatakan ianya sahih.

"Sekiranya sesorang yang bercakap bukan dalam bidangnya,maka tunggulah
saat kehancuran"

Siapa Fuziah Salleh untuk bercakap dalam bukan bidangnya..dia hanya menggunakan pentas politiknya untuk menabur fitnah,meraih sokongan dan mencari pengaruh politiknya dalam Pakatan Rakyat atau di dalam PKR
"Lynas tak sepatutnya di politikan Fuziah.dan Fuziah seringkali memutarbelitkan fakta yang di beri Lynas ".

Inilah kenyataan dari seorang yang di dalam bidang kepakaranya.Dr Che Rosli Che Mat:
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap.Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”

“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”

(Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli
Parlimen Pas Hulu Langat, Selangor) "

Nampak sangat seolah-olah Fuziah cuba memperbodohkan orang Kuantan.

17.  VIDEO



18.  TERKINI..... SISA KILANG LYNAS




SISA KILANG LYNAS AKAN DIHANTAR KE LUAR NEGARA

KUANTAN – Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju untuk menghantar ke luar negara bahan buangan dari kilang memproses bahan itu yang terletak di Gebeng dekat sini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini.

“Walaupun kerajaan berpuashati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka, sebagai langkah tambahan setelah disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kerajaan mengarahkan Lynas memberikan jaminan dan merancang untuk menyedia kemudahan pelupusan tetap (PDF), jauh dari penempatan awam.

“Sekiranya syarikat gagal mendapatkan lokasi kemudahan pelupusan tetap tersebut, residue yang dihasilkan akan dibawa keluar dari Malaysia,” katanya ketika membaca kenyataan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di sini hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Lynas akan memindahkan sisa buangan ke kawasan yang jauh dari penempatan penduduk.

Ini katanya bagi mengambil kira soal kelegaan masyarakat setempat daripada segi emosi dan psikologi walaupun saintis telah membuktikan sisa itu selamat dan mengandungi tahap radiasi yang sangat lemah.
Mustapa berkata Lynas belum memulakan operasinya dan kerajaan belum melantik mana-mana badan bebas pakar bagi menganalisis bacaan radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan.
“Pada masa ini AELB memantau bacaan radiasi semula jadi di lebih 30 tapak di sekitar projek yang mana bacaan-bacaan tersebut dimuat turun ke laman web AELB dari semasa ke semasa.

“AELB juga sedang dalam proses melantik pihak penilai ketiga yang dijangka dibuat menjelang akhir bulan ini,” katanya.

Mengenai maklumat balas daripada masyarakat setempat mengenai isu melibatkan kilang itu, Mustapa berkata pihaknya serta agensi-agensi teknikal terlibat seperti AELB dan Jabatan Alam Sekitar telah berjumpa dengan wakil-wakil pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), dewan-dewan perniagaan dan wakil-wakil pelajar bagi menerangkan isu berkenaan.

“Daripada pertemuan tersebut, didapati rakyat semakin memahami mengenai projek berkenaan dan ia selamat berdasarkan fakta saintifik dan teknikal, tetapi ia telah dimanipulasi oleh beberapa pihak yang berkepentingan.

“Mereka juga telah dimaklumkan mengenai kenyataan daripada Menteri Sumber Australia Barat, Norman Moore pada 29 Feb yang mengesahkan bahawa nadir bumi tersebut terlalu kecil paras radiasinya,” katanya. - UMNO ONLINE

***Ini yang terakhir pasal LYNAS.... kalau masih tak faham dan asyik nak membangkang juga itu tandanya dah buta mata hati nak fikir perkara-perkara yang membawa kebaikan..... maklumlah.... minda dah bejat!!!



    BAPAK BOREK ANAK RINTIK : BILA BAPAK TAKUT NAK BERSUMPAH......!!!!

    nurul-datuk-bandar

    Kalau orang politik cabar orang politik bersumpah ia sudah jadi macam hal biasa.Namun lain ceritanya dalam kes ini bila seorang pegawai tinggi kerajaan mencabar orang politik bersumpah.
    Rasanya belum pernah dengar lagi setakat ini.
    Siapa yang tidak naik angin kalau dek kerana politik dan nak memancing undi segala fakta dan hakikat depan mata sudah tidak ambil peduli.
    Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail boleh masuk buku Malaysia Book Of Records bila beliau sebagai pegawai kerajaan, mencabar Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar agar bersumpah.
    Beliau membuat cabaran ini dalam sidang akhbar Isnin, untuk menjelaskan mengenai  kontroversi projek lot banglo di Bukit Gasing yang terletak di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Petaling Jaya.
    Ahmad Fuad mahu Nurul Izzah bersumpah beliau tidak pernah jumpa pemaju projek itu, Gasing Meridien Sdn Bhd yang mendakwa pernah memberi penerangan terperinci kepadanya mengenai projek itu pada tahun 2009.
    Ini kerana Nurul sudah backing bantahan penduduk kawasan itu mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menarik balik kebenaran projek berkenaan kerana mendakwa ia dibina di lereng bukit dan kawasan digazet kawasan hijau.
    Datuk Bandar itu menjelaskan kawasan projek itu tidak termasuk dalam 52 hektar kawasan yang digazet kawasan hijau di Bukit Gasing.
    Katanya kawasan projek itu adalah tanah persendirian dan pemiliknya berhak memajukan tanah itu.
    Menurut beliau kelulusan projek itu diberi pada tahun 2008 dan jika ia dibatalkan Dewan Bandaraya kena bayar pampasan sebanyak RM135 juta kepada pemilik tanah.
    Kata Ahmad Fuad wajarkah Dewan Bandaraya bayar ganti rugi RM135 juta????
    Beliau juga memberi jaminan Dewan Bandaraya tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di kawasan hijau Bukit Gasing.
    Pada hujung minggu lalu sebilangan penduduk berdekatan kawasan projek telah membuat piket bila melihat kerja-kerja pembangunan dijalankan di kawasan projek itu.
    Soalnya apakah Nurul Izzah ambil kira semua fakta ini ?
    Juga sanggupkah beliau bersumpah seperti dicabar Datuk Bandar kata tidak pernah ditemui pemaju untuk menjelaskan mengenai projek berkenaan?

    Bapanya pernah dicabar bersumpah dalam kes dakwaan liwat dan video seks...tapi tak berani...apakah Nurul  nak ikut jejak itu.
    Lagi satu,jika beliau sendiri yang memegang jawatan Datuk Bandar,sanggupkah beliau membuat keputusan membayar gantirugi RM135juta kerana terpaksa membatalkan satu projek diatas tanah persendirian - yang pemiliknya sudah dapat kelulusan empat tahun lalu.
    ****Nurul Izah dilihat sebagai MP yang tidak menyumbang apa-apa kepada rakyatnya.... MP yang tidak membawa kesan..... hanya sekadar menumpang "populariti" ibubapanya...!!!!

    PEMBANGKANG TAK TAHU MALU...!!!!

    “Kalau ada kesilapan tidak ada salahnya kita memohon maaf.  Tidak seperti pemimpin pembangkang yang tidak pernah akui kesilapan sebaliknya selalu menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri.
    “Sepatutnya pemimpin pembangkang malu dengan sikap Perdana Menteri.  Kalau nak diikutkan pemimpin pembangkang sepatutnya paling banyak kena minta maaf atas segala pembohongan dan ketidakmampuan mereka menunaikan janji kepada rakyat.
    “Berapa banyak janji mereka yang telah ditaburkan pada pilihanraya umum lalu dan berapa banyak yang telah ditunaikan.  Mereka tak mohon maaf sebaliknya salahkan orang lain atas kegagalan mereka… inilah moral pemimpin pembangkang yang tak tahu malu”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
    Pemimpin pembangkang sepatutnya berasa malu dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat permohonan maaf bagi pihak Barisan Nasional (BN) atas kesilapan lalu yang menunjukkan bahawa pemimpin atau pun parti BN sentiasa bermuhasabah diri.
    Sambil menyifatkan tindakan Perdana Menteri itu sebagai satu yang harus dipuji dan dicontohi, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sikap tersebut juga adalah selaras dengan tuntutan Islam.
    SETERUSNYA.... DI SINI