Saturday 3 March 2012

MANIPULASI DATA PERIBADI ORANG LAIN ADALAH SATU JENAYAH..!!!

Ramai pengguna telefon bimbit berungut bila menerima panggilan telefon atau teks pesanan ringkas (SMS) daripada pihak yang tidak dikenali untuk sesuatu perkhidmatan termasuk insurans, pinjaman bank dan kad kredit.
“Ada yang tawarkan promosi percutian percuma yang bersyarat. Perlu hadir taklimat selama 30 minit sebelum ditawar pakej percutian beribu-ribu ringgit.
“Minta kad kredit, bermacam-macam janji sehingga ke tahap penginapan percuma untuk hotel di luar negara. Menyusahkan kerana bila terima panggilan wakil jualan yang bertubi-tubi ini, kita pun termakan ajakan dan desakan,” jelas seorang pengguna, Leila (bukan nama sebenar), yang meluahkan rasa hairan bagaimana nombor telefon bimbitnya diperoleh wakil jualan.
Pada Mei 2010, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diluluskan di Parlimen dan diwartakan pada Jun tahun yang sama.
Bagaimanapun, ia dijangka dikuatkuasakan sekitar Jun ini.

TERPELIHARA
Apabila berkuatkuasanya akta ini, semua aspek perlindungan data peribadi untuk tujuan komersil akan dijamin terpelihara.
Di bawah Fasal 4 akta ini, data peribadi ditakrifkan sebagai ‘apa-apa juga maklumat berkenaan dengan transaksi komersil yang tersimpan dan dikendalikan secara automatik atau dalam sistem fail’.
Ini bermaksud ia berhubungkait, baik secara langsung atau tidak langsung, dengan seorang subjek data termasuk data peribadi sensitif dan pernyataan mengenai subjek data berkenaan.
Data peribadi sensitif meliputi data peribadi berhubung kesihatan atau keadaan fizikal dan mental seorang subjek data, pendapat politiknya dan kepercayaan agama.
Mereka yang menyalahguna maklumat yang diperolehi boleh dikenakan hukuman denda maksimum tidak melebihi RM500,000 dengan kebarangkalian hukuman penjara maksimum tidak melebihi tiga tahun, bergantung kepada jenis kesalahan.
Mahkamah sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah akta ini.
JENAYAH BARU
Di bawah akta ini beberapa kesalahan jenayah baru diwujudkan dan ia tidak menyerupai kesalahan jenayah lain yang termaktub hukumannya di bawah Kanun Keseksaan.
Antara kesalahan jenayah ini termasuk kegagalan pengguna data di kalangan pertubuhan perbadanan untuk beberapa perkara seperti mendaftar, pelanggaran prinsip perlindungan data, penjualan data, pemindahan data tanpa perlindungan yang mencukupi dan pengumpulan menyalahi undang-undang.
Prof Abu Bakar Munir, pensyarah di fakulti undang-undang Universiti Malaya turut membentangkan kertas kerja pada seminar yang diadakan baru-baru ini, untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama pengguna data tentang akta yang bakal dikuatkuasakan itu.
“Saya terlibat membantu Singapura dalam proses menyediakan draf untuk akta ini digunapakai di sana tidak lama lagi. Untuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di negara kita ini, saya diberi kepercayaan sebagai penasihat. Akta ini merangkumi 7 prinsip dan ia tidak terpakai langsung untuk penggunaan secara rekreasi seperti penggunaan data peribadi untuk hal-hal persendirian, keluarga dan isi rumah.
“Akta ini melindungi subjek data atau individu yang menjadi empunya kepada data itu,” jelas Prof. Abu Bakar.
Antara seksyen-seksyen yang terkandung dalam akta ini yang menjelaskan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman ialah seksyen 40(3) iaitu memproses data sensitif, 38(4) iaitu memproses data setelah kebenaran untuknya ditarikbalik dan 130(3); mengumpul, menzahirkan atau mengusahakan penzahiran data secara menyalahi undang-undang.
Akta ini juga baru diluluskan di beberapa negara di rantau ini seperti Korea dan Taiwan.
DATA
Pengguna data adalah seseorang yang sama ada berseorangan atau bersama dengan orang lain memproses apa-apa data peribadi atau mempunyai kawalan terhadapnya atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi, tetapi ia tidak melibatkan pemproses data.
Pengguna data ini terlibat apabila menguruskan sesuatu pemeriksaan atau sesuatu aduan atau sesuatu penyiasatan atau semasa terlibat dengan sesuatu notis penguatkuasaan.
Mereka ini adalah syarikat atau perbadanan atau pertubuhan yang menggunakan data yang diperolehi untuk transaksi komersil.
Walaupun begitu, pengguna data peribadi yang terkecuali daripada tindakan yang boleh diambil di bawah akta ini termasuk kerajaan persekutuan dan negeri, agensi rujukan kredit dan sebarang penggunaan untuk transaksi bukan komersil.
Agensi rujukan kredit yang boleh mendedahkan butiran penarafan kredit terletak di bawah bidangkuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.
HAK SUBJEK DATA
Perlindungan kepada keselamatan data milik mana-mana subjek data tidak boleh diabaikan oleh pengguna data.
“Kalau diberikan data peribadi kepada pihak bank atau institusi kewangan berdaftar ketika membuat permohonan kad kredit atau pinjaman, mestilah kita tidak mahu data itu jatuh ke tangan orang lain,” seorang peserta seminar, Suzy Lim (bukan nama sebenar) memberi pandangannya mengenai perkara itu.
Hak-hak subjek data yang tidak boleh dinafikan termasuk hak mereka untuk diberitahu, hak untuk mengakses dan menyemak, hak untuk membuat pembetulan, hak untuk menarik balik kebenaran dan hak untuk menyekat pemprosesan data itu untuk aktiviti pemasaran langsung atau yang boleh menyebabkan kenegatifan.
Sekiranya pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau mana-mana pegawai lain dalam sebuah badan korporat didapati bertanggungjawab menguruskan perkara yang boleh disabitkan salah dari segi undang-undang, mereka yang terlibat boleh didakwa bersama dengan badan korporat itu.
PENDEKATAN GLOBAL
Data peribadi amat berharga kepada sesiapa saja yang menjadi pemiliknya, di mana sahaja di dunia.
Akta seumpama digunakan di Macao sejak Februari 2006.
“Kira-kira 90 peratus daripada akta yang digunapakai di Macao diambil daripada dokumen yang digunakan di Portugal. Sejak 2007 sehingga tahun lepas, lebih 250 kes disiasat dan tidak kurang 2,000 pertanyaan diterima pihak autoriti GPDP di Macao,” kata Ken Yang, wakil pejabat perlindungan data peribadi Macao (GPDP).
Di New Zealand, akta melindungi hak peribadi ini dikenali sebagai ‘Privacy Act’ dan digunapakai sejak 1993, melibatkan mereka yang masih hidup, demikian menurut Pembantu Pesuruhjaya di bahagian perundangan dan polisi, Suruhanjaya ‘Privacy’ New Zealand, Katrine Evans.
Pegawai di Suruhanjaya ‘Privacy’ mempunyai tugas mendidik agensi tentang akta dan menjelaskan sebab-sebab organisasi di New Zealand perlu mewujudkan jawatan pegawai khas untuk mengendalikan bahagian yang melindungi data peribadi.
Nasihat dan informasi tambahan dari masa ke masa tetap dibekalkan oleh pegawai di suruhanjaya itu,” jelas Evans lagi.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rais Yatim merasmikan seminar mengenai akta perlindungan data peribadi 2010 yang memberi penerangan kepada organisasi dan pengguna data negara ini, baru-baru ini.
Jabatan yang menjadi agensi ke-19 di bawah kementerian ini, diharap dapat meningkatkan perlindungan data yang penting lagi sensitif milik subjek data.
TERIMA CABARAN
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Abu Hassan Ismail, yang baru dilantik untuk agensi terbaru di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, KPKK ini, menerima cabaran menggerakkan strategi perlaksanaan sebaik yang mungkin.
“Antara cabaran utama jabatan ini ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat selain memastikan kesediaan di kalangan pengguna data. Untuk menyedarkan masyarakat tentang perlindungan data peribadi mereka, jabatan akan menggunakan pendekatan pendidikan,” jelas Abu Hassan lagi.
Forum pengguna dan tribunal rayuan di bawah jabatan ini akan diadakan setelah perlaksanaan akta dan jabatan dimantapkan lagi, katanya lagi.
– BERNAMA

BANJIR..

36 Orang Dari Tiga Kampung Di Teluk Intan Dipindahkan Akibat Banjir


Seramai 36 orang daripada sepuluh keluarga di dipindahkan apabila tiga buah kampung di Teluk Intan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang ketika dihubungi berkata semua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ayer Hitam sejak awal pagi tadi berikutan air naik sedalam 0.5 meter akibat limpahan Sungai Bidor.
Kampung terlibat ialah Kampung Ayer Hitam, Kampung Tengah dan Kampung SC.
Beliau berkata anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam turut membantu memindahkan mangsa terlibat.
Katanya seramai 200 orang daripada 76 keluarga terjejas akibat banjir semalam, bagaimanapun hanya 36 orang daripada 10 keluarga sahaja dipindahkan.
– BERNAMA

LELAKI TERTINGGI MENINGGAL..????


DENGAN ketinggian 2.71 meter membuatkan Suparwono sering menjadi tumpuan di Indonesia. Lelaki ini meninggal dunia di rumahnya di Lampung, baru-baru ini.


MENGGALA - Manusia tertinggi di Indonesia, Suparwono dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Tulang Bawang, wilayah Lampung.

Berita mengenai pemuda berusia 27 tahun itu, yang juga merupakan ikon Lampung, tersebar luas di dalam laman-laman sosial Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, punca kematian lelaki yang mempunyai ketinggian 2.71 meter itu masih belum diketahui walaupun ada laporan yang mengatakan sakit perut sebagai punca.

Keluarga Suparwono juga masih belum mengesahkan perkara tersebut dan pihak media sukar mendapatkan maklumat ekoran rumah lelaki itu yang terletak di kawasan pendalaman dan keadaan jalan sangat teruk.

HARGA MINYAK MENTAH DUNIA MELONJAK

Harga minyak melonjak tinggi hari ini (laporan semalam) susulan ketegangan ke atas pengeksport minyak mentah utama dunia, Iran dan peningkatan positif data ekonomi China serta Amerika Syarikat (AS).
Kontrak utama New York bagi penghantaran minyak mentah jenis light sweet pada April depan ditutup AS108.84 setong meningkat AS$1.77, Rabu lalu.
Di London, minyak mentah jenama Brent North Sea bagi penghantaran April depan melonjak AS$3.54 kepada AS$126.20.
“Peningkatan harga minyak mentah digunakan bagi menjana keuntungan…dengan keadaan Iran sekali lagi dilihat sebagai pemacu pasaran utama dunia,” kata penganalisis di Institut Penyelidikan Kewangan Sucden, Jack Pollard. 
Namun begitu, dilaporkan bahawa pengeluar-pengeluar minyak global mempunyai kapasiti bekalan minyak tambahan yang mencukupi bagi menampung eksport minyak Iran yang kini mengalami sekatan, menurut Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS), Steven Chu.
Chu berkata, sekatan itu penting untuk mengekang jualan minyak Iran bagi memastikan Tehran tidak membangunkan senjata nuklear, meskipun Laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga menunjukkan bekalan adalah sangat terhad.
''Terdapat kapasiti tambahan dan kami percaya - kita akan lihat - tetapi saya berpendapat kapasiti tambahan mencukupi.
''Kami sedang cuba mempengaruhi Iran bagi kepentingan terbaiknya, supaya tidak melakukannya,'' kata Chu sambil menegaskan pihaknya akan melakukan apa sahaja untuk membantu menstabilkan harga-harga minyak termasuk meneroka rizab-rizab strategik.
***Pembangkang sedang cuba mengintai peluang untuk menyerang kerajaan jika harga minyak pun turut naik di Malaysia..... hehehe.... Ingat menteri kat Malaysia ni bahlol2 mcm korang ke..??? 

SIAPA KATA PENDIRIAN ANWAR SAMA DENGAN HAMAS..???

Hamas Tolak Pendirian Anwar

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi.
“Saya dimaklumkan mengenai kenyataan Anwar yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel. Kami selaku pertubuhan Islam yakni pergerakan Hamas tidak ada kaitan dengan kenyataan itu,” katanya dalam wawancara yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam ini.
Kenyataan itu dianggap satu tamparan kepada Anwar yang sebelum ini mendakwa telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khalid Mashal di Qatar bagi menjelaskan kontroversi berkenaan.
Jelas Mousa, pendirian Hamas berhubung Israel tidak pernah berubah kerana apapun alasannya pertubuhan tersebut tidak akan mengiktiraf negara rejim zionis berkenaan.
“Kewujudan negara Israel mengangu sistem pengurusan, mengugat keadaan Masjid Al Aqsa dan kesuciannya. Ketamakan serta kerakusan Israel tidak pernah berhenti, mereka tetap meneruskan matlamat untuk meluaskan jajahan bumi Palestin.
“Sedangkan Hamas akan terus berjuang bagi memerdekakan Palestin tanpa ragu-ragu,” katanya.- Utusan

KENYATAAN ANWAR SEBELUM INI....
Di dalam artikel Malaysiakini , Anwar kata kenyataannya pada WSJ itu adalah selari dengan pandangan Hamas dan Fatah, betul ke apa yang dicakap Anwar Belit ini.

Maknanya, Hamas dan Fatah bersetuju dengan pandangan Anwar mahu mempertahankan keselamatan musuhnya, Israel.
*** Yang menipu memang itu resam hidupnya.... kesian pulak yg tua dan kononnya digelar ulamak oleh penyokong taksubnya  pun kena tipu jugak....ho'aloh!!!

KEPIMPINAN PAS TIDAK SEHALUAN...!!!

Nasruddin Kritik Dr Dzul – Pemimpin PAS Bukan Islam


Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan menolak cadangan timbalan presiden parti itu dari kalangan bukan Islam kerana ia bertentangan dengan syarak yang melarang pelantikan bukan Islam dalam kepemimpinan Jemaah Islam.
Beliau berkata, walaupun menolak pelantikan orang bukan Islam untuk jawatan dalam kepemimpinan tertinggi parti itu, namun tidak bermakna DPPP menentang segala bentuk pakatan atau kerjasama dengan orang bukan Islam.
Beliau mengulas kenyataan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang menyatakan parti itu sedia menerima seorang timbalan presiden dari kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Dzulkefly menjelaskan dalam Islam ada dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah iaitu politik.
PAS tak ada hal lantik Timbalan Presiden bukan Islam
 AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad gebangkata PAS sedia menerima bukan Islam untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti itu, sehingga ke peringkat Timbalan Presiden.Mengikut laporan Bernama ahli Parlimen Kuala Selangor itu percaya perkara itu tidak mustahil memandangkan ia boleh menangani perubahan dalam pembaharuan intelektual dan tahan terhadap cabaran semasa.
“Mungkin belum ada keperluan untuk perkara ini sekarang, tetapi kalau sudah diutarakan, kami bersedia berbincang perkara ini dalam Muktamar PAS.
*** Cakap sapa yg rakyat  nak percaya ni..???  Bila hilang sokongan rakyat  jgn pulak nk salahkan UMNO ye.... cermin dulu pergolakan dalam rumahtangga sendiri..!!!