Monday 6 February 2012

THE KING OF SPICES

Za’faran atau Saffron adalah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat serta terkenal kegunaannya dalam dunia perubatan herba moden dan tradisional di Timur dan Barat. Saffron juga digunakan sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik.

 

Bagi mendapatkan 10 gram stigma (filamen) saffron, ianya memerlukan 1500 kuntum bunga saffron. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM40,000.00 sekilogram dan dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia. Produk saffron ini diambil terus dari ladang saffron yang terbesar di dunia iaitu di Wilayah Mahsyad di Negara Islam Iran.


Antara dalil kenyataan Saidina Ali
“Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (2 sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”


MAMPUKAH ELLY WONG, PKR JELASKAN SIAPA LELAKI YG DI TANGKAP OLEH IMIGRESEN INDONESIA..???

DARI PapaGomo.....


Semalam Gomo telah memaklumkan mengenai seorang Lelaki yang ditangkap oleh Pihak berkuasa Indonesia kerana didapati memiliki Kartu Penduduk Tetap dan juga Sijil kelahiran Indonesia sedangkan dalam masa yang sama lelaki itu juga memiliki Pasport Malaysia dan juga Kad Pengenalan Malaysia yang beralamat di Ampang Selangor. DISINI

"Dari keterangan Azmin keptugas, selama di Jakarta selalu dibiayai keluarganya dari Malaysia dan Partai Keadilan Rakyat (PKR)"


Lelaki tersebut mendakwa beliau merupakan Ahli PKR dan segala pergerakan beliau di Indonesia yang mana bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan adalah diBIAYAI oleh Parti Keadilan Rakyat yang mana merupakan Pakatan Pembangkang di Malaysia ini.

Kenyataan lelaki yang ditahan itu jelas menunjukkan ada agenda besar yang dilakukan oleh PKR di Indonesia sehinggakan mampu memberikan agen nya disana Kartu Penduduk (Kad Pengenalan dan juga Sijil Kelahiran Indonesia (Surat Beranak) walhalkan agen tersebut adalah rakyat Malaysia.DISINI


Mengikut maklumat yang diperolehi Kartu Penduduk dan Sijil Kelahiran Indonesia yang dimiliki oleh Agen PKR itu adalah palsu. Ini menunjukkan bagaimana PKR mampu untuk melakukan satuPenipuan dan mungkin juga RASUAH keatas pihak Jabatan Pendaftaran disana sehingga membolehkan seorang rakyat Malaysia mempunyai Kartu Penduduk dan juga sijil Kelahiran.

Jelas disini ini merupakan satu jenayah terancang yang pastinya ada agenda besar yang cuba dilakukan PKR dalam memudaratkan Malaysia dan juga Indonesia.

Gomo dan juga rakyat Malaysia meminta agar pihak PKR tampil menjelaskan mengenai dakwaan lelaki yang ditangkap itu bahawa PKR telah membiayainya. Dan minta pihak PKR memberikan kenyataan jelas berhubung pekara ini.

Pihak PDRM dan Kementerian Dalam Negeri diminta untuk menjalankan siasatan lanjut dan jika perlu minta Agen PKR yang ditangkap di Indonesia itu di Ektradisi ke Malaysia bagi mengetahui motif lelaki yang mengaku dibiayai PKR itu menetap disana menggunakan identiti Indonesia.


Siapa Dalang Anti Malaysia Di Indnesia?

Nampaknya PKR sedang melakukan sesuatu yang besar waktu ini, barangkali PRU 13 semakin hampir maka semakin ligat agen agen mereka di Indonesia dan juga mungkin di seluruh dunia menjalankan kerja Kotor dalam menghancurkan Negara.

Siapa Bayar Mereka Ini Agar Anti Malaysia?

Jika Kartu Penduduk dan Sijil Kelahiran PKR mampu biayai dan menghantar agen nya kesana sudah pasti ada hubungkait yang dilakukan PKR dengan Pengganas yang mana kita tahu Indonesia, Selatan Thailand mempunyai potensi untuk memasuki Malaysia dalam mencetuskan keganasan.

Pohon Parti Keadilan Rakyat yang mana Presiden nya Wan Azizah menjelaskan mengenai pekara ini. Ini merupakan satu Jenayah yang serius jika benar yang dikatakan lelaki yang ditangkap itu bahawa PKR menaja nya di Indonesia dengan menggunakan Identiti yang boleh dikatakan Palsu.


Psssttt.... Rakyat perlu tanya pada PKR, apa urusan menghantar agen PKR ke Indonesia dengan menggunakan Kad pengenalan Palsu?

PENAHANAN EX-BF ELLY WONG DI BATAM OLEH IMIGRESEN INDONESIA BAKAL MELETOPKAN KEMBALI FOTO SENSASI EXCO SELANGOR ITU..???

Kerajaan Selangor mengambil berat tentang spekulasi laporan penahanan seorang lelaki yang dikaitkan dengan penyebaran foto Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, Elizabeth Wong, oleh pihak berkuasa Indonesia.


Lelaki itu dipercayai melarikan diri selepas foto Elizabeth dalam keadaan bogel tersebar dalam Internet pada 2009 dan lelaki itu juga dikehendaki oleh polis Malaysia bagi membantu siasatan mengenai penyebaran foto-foto itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor di sini hari ini, kerajaan negeri akan meneliti laporan itu dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri Selangor.

"Isu ini juga akan dibawa ke mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan,” menurut kenyataan itu lagi.

Portal berita Free Malaysia Today hari ini melaporkan bahawa pihak imigresen Indonesia telah menahan seorang lelaki di Batam Jumaat lepas yang dikatakan mungkin bekas teman lelaki Elizabeth. – BERNAMA

BIADAP!!! TITAH SULTAN PERAK DIPERLEKEHKAN SECARA TERBUKA!!!


Twitter timeline Sivarasa Rasiah dari PKR yang aku baca tadi agak kurang ajar kerana komen beliau berkenaan artikel Malaysiakini yang bertajuk 'Perak sultan calls for return to 'honorable leadership''


Jawapan balas beliau dalam artikel itu seolah-olah menyindir titah Sultan Perak


Malah komen-komen di laman web Malaysiakini berkenaan posting berkenaan juga agak keterlaluan kerana seolah-olah mempermainkan titah Sultan Perak. 


Antara yang saya anggap agak kurang ajar ialah komen berikut dari nickname 'wanderer'

wanderer Well said Sultan Azlan but, you were part of the problem..or rather, you have created dishonorable men to be leaders of your State. How do you explain your sudden increase of wealth to your family company Gamuda during the time of the Perak political crisis? Is that 'honorable leadership' you are referring to? Show by example first, you have lost your color!

Beliau dengan agak sinis dan kurang ajar mengatakan Sultan adalah sebahagian dari masalah , atau Sultan sendiri yang memilih orang yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin di negeri Perak. Beliau juga mempersoalkan bagaimana kekayaan sultan boleh meningkat secara mendadak melalui syarikat Gamuda yang dikatakan milik kaum kerabat semasa krisis politik Perak. Dan orang yang memberi komen ni mengakhiri komen beliau dengan nada yang paling sinikal seolah-olah Sultan memberikan titah seperti 'cakap tak serupa bikin' 





Hampir kesemua komen-komen diberikan diatas menunjukkan tiada lagi rasa hormat kepada Sultan Perak. Saya berpendapat sindiran-sindiran sebegini menjatuhkan maruah seorang Sultan. Hilang sudah rasa hormat generasi sekarang kepada seorang Sultan . Titah yang diberikan seolah-olah dipermainkan dan diperkecilkan. Adakah hal-hal sebegini patut didiamkan sahaja ? Agak jelas tindak-tanduk tidak menghormati Sultan semakin berleluasa dari hari ke hari . Adakah institusi kesultanan / raja akan terus diperlekehkan pada masa akan datang ?

<<  MB  >>


BAGAIMANA KITA BOLEH LUPA....... AIRMATA 12 RABI'UL AWWAL

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam mulai sakit

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam mulai gering. Baginda bertanya kepada isteri-isterinya: “Giliranku esok di mana? “Di mana aku esok?”.

Isteri-isteri yang penuh kasih sayang memberikan pilihan kepada suami yang tercinta, untuk memlih di mana saja dia ingin berada. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memilih rumah si pipi merah, Aisyah binti Abu Bakar Radiallahu ‘anhu.  Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam menghabiskan sisa-sisa hujung kehidupannya di rumah ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu..

Di rumahnya, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu membacakan surahal-Falaq dan an-Nas serta doa-doa yang dihafalnya, sambil meniupkan ke seluruh tubuh baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam. Begitu kasihnya ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Wasiat baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam

Sayangnya nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam kepada umatnya. Di saat akhir kehidupannya, lima hari sebelum nyawanya diambil, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan pesanan yang mungkin dilupakan oleh ramai umatnya di zaman kini. Pesanan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berbunyi:

“Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid”.  Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meneruskan nasihatnya: “Jangan kalian jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah”.

Empat Hari Sebelum Saatnya Tiba

Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam tetap mengimami solat berjemaah sehinggalah solat maghrib pada hari keempat sebelum ajalnya tiba. Menjelang Isya’, sakit baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam semakin mencengkam. Sakitnya itu tetap tidak menghalang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam daripada mengambil berat tentang solat Jemaah umatnya. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berkata:

“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”

Jawab para sahabat: “Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.”

“Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berkata: Sediakan bekas air untuk ku.” Lalu para sahabat melakukannya, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam cuba menyegarkan dirinya dengan air tersebut. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam cuba bangun, tetapi tidak mampu. Sakit masih mencengkamnya. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam jatuh pengsan.

Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam terjaga, lalu bertanya:

“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”

Para sahabat menjawab: “Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.”

Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam menyegarkan lagi dirinya dengan air, tetapi masih tidak terdaya. Baginda bertanya lagi berulang kali:

“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”

Sahabat Radiallahu ‘anhu yang ada memberikan jawapan yang sama: Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.

Berulang kali soalan itu ditanya oleh nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam terlalu gering, tidak mampu untuk mengimami solat, walau sudah berulang kali baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berusaha menyegarkan badannya. Akhirnya, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menyuruh Abu Bakar Radiallahu ‘anhu mengimami solat menggantikan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam.  Abu Bakar Radiallahu ‘anhu memikul amanah itu, semenjak hari itu, dia telah mengimami sebanyak tujuh belas kali solat fardhu.

Senyuman Subuh Terakhir

Umat Islam sedang mendirikan solat Subuh bersama Abu Bakar Radiallahu ‘anhu. Tiba-tiba Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam menyingkap tabir di bilik ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu lalu memandang ke arah mereka. Baginda tersenyum dan tertawa.

Abu Bakar Radiallahu ‘anhu dengan penuh hormat mengundurkan dirinya kerana menyangka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam ingin bersolat bersama mereka.

Kerana terlalu gembira, para sahabat sehingga mahu berhenti solat ketika itu. Tetapi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memberikan isyarat agar solat diteruskan. Kemudian baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam masuk semula ke dalam biliknya, dan menutup tirainya.

Tangisan dan ketawa Fatimah Radiallahu ‘anhu

Pagi itu, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan sesuatu di telinga Fatimah Radiallahu ‘anhu. Fatimah menangis mendengarnya. Kemudian nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam memanggil puterinya sekali lagi, lalu berbisik. Kali ini Fatimah ketawa keriangan.

Aisyah Radiallahu ‘anhu dan isteri yang lain kehairanan lalu bertanya kepada Fatimah Radiallahu ‘anhu.  Dia menjawab:

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan kepada ku bahawa baginda akan wafat dengan sakit yang dihadapinya, lantas aku pun menangis. Kemudian baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan kepada ku bahawa akulah ahli keluarganya yang pertama akan menyusul selepasnya, aku pun ketawa.
Fatimah Radiallahu ‘anhu puteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam berasa kasihan kepada ayahnya yang kesakitan, lalu dia berkata kepada ayahnya:

“Alangkah deritanya ayah..”

Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: “Selepas ini tiada lagi penderitaan ke atas ayah mu.”

Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan nasihat buat umatnya: “Jagalah solat, jagalah solat, dan hamba-hamba yang dimiliki.”

Di atas pangkuan ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu

Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam berada dalam pelukan isteri tercinta, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu.  Saudara lelaki ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu, Abdul Rahman bin Abu Bakar muncul sambil membawa sebatang kayu sugi.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam memandang ke arah Abdul Rahman. Si isteri tercinta memahami isi hati suaminya. ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu tahu nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam ingin kan kayu sugi tersebut. 

‘Aisyah Radiallahu ‘anhu bersuara:

“Mahukah aku ambilkan kayu sugi untukmu?”. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam menganggukkan kepala setuju.

‘Aisyah Radiallahu ‘anhu mengambil kayu sugi, lalu menghulurkannya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam. ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu menyedari kayu sugi itu terlalu keras, lalu dia mengambilnya kembali. 

Dia bertanya lagi:

“Mahukah jika aku lembutkannya untuk mu?”. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mengangguk tanda bersetuju.

Lalu, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu melembutkan kayu sugi itu dengan menggigit-gigit hujungnya. Lalu ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu memggosokkan giri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam dengan kayu tersebut.
Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam wafat atas pangkuan ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu, dengan bersatunya air liur ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Akhirnya…

Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam berasa sakit. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mencelup tangannya di dalam air, kemudian menyapu mukanya, lalu berkata: Tidak ada Tuhan selain Allah. Sesungguhnya pada kematian itu ada kesakitan.

Selesai sahaja bersugi, baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam mengangkat tangan atau jarinya ke langit, lalu menyebut: “Bersama orang-orang yang engkau berikan nikmat kepada mereka, daripada kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada’ serta solihin. Ya Allah, ampunilah diri ku, rahmatilah diri ku. Temukanlah aku dengan Teman Yang Tertinggi, Ya Allah Teman Yang Tertinggi”.

Tangisan Para Sahabat

Anas bin Malik Radiallahu ‘anhu berkata:  Tidak pernah aku melihat hari yang paling baik dan berseri-seri melainkan hari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam sampai kepada kami, dan tidak pernah aku melihat hari yang paling buruk dan gelap melainkan pada hari kewafatan nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Berita kematian nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam tersebar, tangisan tidak tertahan lagi. Air mata sahabat bercucuran.

Fatima, puteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam Radiallahu ‘anhu berkata: Duhai ayahanda kesayanganku, yang telah menyahut panggilan Tuhannya, duhai ayahanda kesayanganku, syurga Firdaus tempat kembalinya, duhai ayahanda kesayanganku, kepada Jibril kami sampaikan berita kewafatannya.

Umar Radiallahu ‘anhu hilang pertimbangan, kecintaannya kepada nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam membuatkan dia seakan tidak sedar apa yang dia katakan. Umar Radiallahu ‘anhu berteriak dengan suara yang lantang:

“Ada orang-orang munafiq yang mendakwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam telah wafat. Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam tidak mati, tetapi baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam pergi bertemu Tuhannya sebagaimana Musa bin ‘Imran yang menghilangkan diri daripada kaumnya selama empat puluh hari. Kemudian dia kembali semula kepada kaumnya setelah orang berkata dia telah mati. Demi Allah! Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam akan kembali dan memotong tangan dan kaki orang yang mengatakan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam telah mati!”.

Abu Bakar Radiallahu ‘anhu bergegas pulang tatkala mendengar berita kematian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam. Dibukanya kain yang menutupi nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam, dipeluk dan diciumnya nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Abu Bakar menenangkan umat..

Umar Radiallahu ‘anhu masih lagi mengungkapkan kata-katanya tadi. Abu Bakar Radiallahu ‘anhu berkata kepada Umar Radiallahu ‘anhu: “Duduklah Umar!”. Tetapi Umar Radiallahu ‘anhu enggan untuk mendengar arahan Abu Bakar Radiallahu ‘anhu.

Abu Bakar Radiallahu ‘anhu terus berkata: “Sesiapa di kalangan kamu yang menyembah Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam, sesungguhnya Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah Hidup dan tidak mati.” Beliau terus  membaca surah Ali Imran, ayat 144:
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Para sahabat terpaku. Mereka tersedar daripada lamunan mereka. Mereka mulai sedar hakikat nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam telah meninggalkan mereka. Kata-kata Abu Bakar Radiallahu ‘anhu menyentap jiwa mereka yang sedang kesedihan, mengambalikan mereka kepada kewarasan.
“Demi Allah! Seakan-akan manusia tidak mengetahui bahawa ayat ini pernah diturunkan sehinggalah Abu Bakar membacanya. Lalu semua orang mengambil ayat itu daripada Abu Bakar. Lantas semua orang yang mendengar ayat itu dibaca, turut membacakannya”, demikian kata Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhu.

Umar Radiallahu ‘anhu yang tadi terlalu sedih hingga mengeluarkan kata-kata yang yang menggoncang akidah umat Islam, tersedar daripada kesilapannya. Ayat itu menyentap jiwanya kembali, menenangkan kembali hatinya yang sedang berkecamuk:

“Demi Allah, sebaik sahaja aku mendengar Abu Bakar membacakan ayat itu, aku menjadi lemah longlai sehingga tidak berdaya untuk berdiri. Akhirnya aku rebah ke bumi apabila mendengar Abu Bakar membacakannya. Maka yakinlah aku, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam telah wafat”.

[Ringkasan daripada ar-Rahiq al-Makhtum susunan Shaikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri. Edisi terjemahan bertajuk Sirah Nabawiyyah terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)]
---------------------

Akhirnya 12 Rabi’ul Awal tahun 11 Hijrah, hari Isnin, perginya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan umatnya.

Mana mungkin umatnya tidak menangis tatkala baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggal dunia, sedangkan ketika hidupnya baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam menempuh 1001 ujian dan seksaan hanya kerana menyampaikan Islam kepada umatnya.

Bagaimana nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam yang sebelumnya dipercayai oleh semua penduduk Mekah, akhirnya ditolak dan dicerca tatkala berdiri di Bukit Safa, menyeru kaumnya kembali kepada Allah.

Bagaimana mungkin kita lupa, ketika nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam sedang sujud di Masjidil Haram, lalu kaum musyrikin meletakkan najis dan kotoran di atas batang tubuh nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam. Lalu munculnya Fatimah Radiallahu ‘anhu menangis sambil membersihkan tubuh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Bagaimana kita boleh lupa, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam ketika pertama kali mengajak penduduk Madinah kepada Islam, baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam dibalas dengan lontaran batu. Setiap penjuru jalan yang baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam lalui, kanak-kanak, hamba dan kaum wanita menanti sambil melemparkan batu-batu ke arah nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam. Lalu malaikat menawarkan tawaran untuk memusnahkan mereka yang menyakiti nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam, tetapi nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menolak tawaran itu, kerana masih yakin akan datang masanya generasi kemudian menerima dakwah beliau.

Bagaimana kita boleh lupa…………….


<<  TQ >>