Saturday 4 February 2012

7 DALIL PAS BUKAN PARTI ISLAM..!!!



FAKTA 1 : PAS DIKUASAI ANWAR IBRAHIM

Hasan mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tersasar daripada perjuangan asal semata-mata demi kuasa politik

FAKTA 2 : PAS GADAI ISLAM DAN ALLAH DEMI KUASA

Sebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari sebelum dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran di Selangor, dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.

“Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, suruh saya kurangkan operasi dan penguatkuasaan (cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah... lillahitaala, itulah bahasanya.

FAKTA 3:PAS DAN PAKATAN TIDAK MAMPU SEBAR DAN TINGGIKAN SYIAR ISLAM

“Di Selangor ini yang Menteri Besar orang Islam, Exco kerajaan negeri (terdiri) lima orang Islam dan Exco agama juga orang Islam pun tak boleh nak dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran, apa yang kita (Pas) boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?

“Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting tetapi jangan sampai gadai agama. Perintah Allah kita junjung, keinginan manusia kita kelek (usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. Keinginan siapa? Keinginan seorang rakyat Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri,” katanya.

FAKTA 4: PAS "BERTOLAK ANSUR" DAN RELA UMMAH DIMURTADKAN

Hasan yang juga bekas Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga mendedahkan seorang personaliti Pas Selangor telah menasihatkan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. supaya jangan bercakap soal gerakan Kristian.

Katanya, nasihat tersebut dibuat ketika Hasan Basri dan personaliti berkenaan berceramah di pentas yang sama beberapa bulan lalu dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor itu dikehendaki bercakap mengenai demonstrasi Bersih 3 serta perlu memuji Datuk S. Ambiga.

FAKTA 5: PAS TAKUTKAN DAP BERBANDING HUKUM ALLAH SWT


Dalam pada itu, Hasan memberitahu, pemecatan beliau daripada Pas disebabkan ‘dosanya’ menyekat penjualan arak menyekat orang berjudi di Selangor serta tegas menyatakan yang benar itu benar, yang batil itu batil, adalah sesuatu dibenci oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

FAKTA 6 : TIADA DEMOKRASI DALAM PAS, SIAPA TEGUR KENA PECAT WALAU PERJUANG ISLAM

“Saya dipecat tanpa ada pertuduhan bertulis sedangkan mengikut perlembagaan parti ia wajib. Saya juga tidak diberi ruang walau seminit untuk membela diri dan inilah kali pertama dalam sejarah Pas, parti ini begitu drastik mahu memecat saya hanya kerana tekanan DAP dan PKR.

“Kesalahan saya bukan mencuri; bukan merompak; bukan menggugat kepimpinan parti dan bukan isu moral. Saya tak meliwat orang, kesalahan saya bukan kerana gila kuasa, kesalahan saya kerana melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Selangor.

FAKTA 7 : PAS RELA GADAI MASA DEPAN MAHASISWA/I DEMI BELA PELIWAT ANWAR IBRAHIM

“Salah saya kerana membuat ulasan bukan mengenai Pas tapi mengenai Anwar hanya kerana tidak setuju demonstrasi 9 Januari. Isu mahkamah itu masalah peribadi, kenapa harus dibabit dengan rakyat dan mahasiswa yang ketika itu peperiksaan sedang berlangsung,”


Read more: CLICK HERE




NIZAR TIDAK PRIHATIN PENDUDUK DALAM DUN NAUNGANNYA JADI MANGSA RIBUT....!!!


Lihat lah twitter ADUN Pasir Panjang, Lumut yang sangat mengambil berat mengenai Setiausaha PAS Johor yang merupakan orang kaya dan mewah yang rumahnya telah terbakar baru-baru ini... Tolong kutipkan derma lagi tuhhh!!!

BACA SETERUSNYA.... DI SINI  

TETAPI.................
Apa yang Nizar ambil tindakan terhadap mangsa ribut yang menimpa penduduk Fasa 3A Seri Manjung, kelmarin???

Fasa 3A Seri Manjung berada di dalam DUN Pasir Panjang dan ADUN Pasir Panjang adalah Nizar Jamaluddin!!!

Usahkan nak tolong kutipkan derma seperti yang dia lakukan kepada sahabatnya yang kaya raya tu, batang idungnya pun haram nampak!!! Macam tu ke seorang ADUN yang peka kepada pengundi2nya....yang telah memberi kemenangan kepadanya pada PRU12 (2001) yang lalu???

Fasa 3A Seri Manjung telah dilanda ribut ketika hujan lebat dan petir sabung menyabung pada petang kelmarin (Khamis) dan mengakibatkan lebih kurang 170 pintu rumah dari 400 buah rumah penduduk setempat mengalami kerosakan.





MB PERAK.... tetap prihatin dan sempat menjenguk mangsa2 ribut tersebut walaupun beliau sangat sibut dengan urusan2 rasminya dan dikhabarkan selepas 2 jam kejadian baru beliau tiba.... kena fahamlah... Ipoh ke Manjung paling cepat jika 'line clear' pun 1 jam..



LAGI GAMBAR-GAMBAR KEJADIAN TERSEBUT..... DI SINI   
LAGI BERITA..... DI SINI     

DEMONSTRASI BANTAH KENYATAAN ANWAR DI PULAU PINANG....

7 NGO Pulau Pinang Terlibat..!!!

GEORGETOWN: Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan demonstrasi di sini, hari ini bagi membantah kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong Israel.
Demonstrasi yang berlangsung selama 30 minit selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Kapitan Keling itu melaungkan perkataan seperti “Anwar Pengkhianat” dan “Hancur Israel”.
NGO berkenaan ialah Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Pulau Pinang, Persatuan Anak-anak Malaysia, Badan Bertindak Rakyat Tertindas Pulau Pinang, Suara Anak-anak Malaysia, Persatuan Kebajikan Insan Mulia dan Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang.
Timbalan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Arshad Kassim, berkata kenyataan Anwar dilihat sebagai melawan arus dengan cuba menentang dasar negara yang mengecam rejim Zionis sejak sekian lama.
Naib Pengerusi Persatuan Anak Jati Melayu Islam negeri (PAJIM), Jaffar Osman, pula berkata sikap Anwar yang sering berubah pendirian itu tidak harus diterima sebagai kualiti atau sifat asas seorang pemimpin.
Anwar baru-baru ini dilaporkan menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemuramah akhbar The Wall Street Journal. – BERNAMA

IBU MAHU JENAZAH ANAKNYA DIBAWA PULANG UNTUK DIKEBUMIKAN DI KAMPUNG.....

Ibu Pemimpin Jemaah Islamiyah Yang Ditembak Rayu Jenazah Anaknya Dibawa Pulang

Ibu Pemimpin JI Yang Ditembak Rayu Jenazah Anaknya Dibawa Pulang

Ibu kepada pemimpin Jemaah Islamiyah, Zulkifli Abdul Hir yang terbunuh dalam serangan pihak berkuasa Filipina semalam, merayu agar jenazah anaknya itu dibawa pulang dan dikebumikan di sini.
Aminah Abdul Aziz, 64, yang tinggal di Kampung Jeram Masjid, Bakri, Muar, Johor berkata, jika benar anaknya itu telah terbunuh, dia berharap kerajaan Malaysia dan Filipina dapat mengusahakan sesuatu bagi membolehkan jenazah anaknya dibawa pulang.
“ Saya terkejut bila dimaklumkan mengenai kematiannya kerana saya tidak mendapat sebarang khabar berita daripadanya sejak dia meninggalkan rumah kira-kira 12 tahun lalu.
” Zulkifli adalah seorang jurutera telekomunikasi di Kuala Lumpur, suatu hari tu dia ada pulang ke rumah bersama isteri dan tiga anaknya. Dia kata hendak menghantar keluarganya ke Kluang.
” Sejak itu dia menghilangkan diri,” kata Aminah yang dipetik dari akhbar The Star.
Aminah, yang kini tinggal dengan seorang pembantu rumah warga Indonesia berkata, setiap hari dia berdoa agar Zulkifli pulang ke pangkuannya dan meninggalkan perjuangan Jemaah Islamiyah.
Dia mengaku ada diberitahu mengenai penglibatan anaknya itu dalam kegiatan pengganas di Filipina oleh sanak saudara mereka dan pegawai polis beberapa tahun lalu.
” Kalau benar dia dah meninggal dunia, tolong bawa pulang jenazahnya ke Muar,” rayu Aminah.
Subuh semalam, tentera Filipina membunuh tiga pemimpin paling dikehendaki termasuk Zulkifli daripada kumpulan Abu Sayyaf dan pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) dalam serangan ke atas kubu kuat mereka di selatan negara itu.
Selain Zulkifli, sejumlah 15 militan terbunuh dalam serangan itu, termasuk pemimpin Abu Sayyaf warga Filipina, Umbra Jumdail dan warga Singapura, Abdullah Ali alias Muawiyah, kata jurucakap tentera, Kolonel Marcelo Burgos.
Zulkifli dianggap pemimpin kanan dalam JI dan kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menawarkan hadiah berjumlah AS$5 juta (RM15.5 juta) untuk membunuh atau menangkapnya, dan AS$50,000 (RM155,000) bagi penangkapan atau pembunuhan Abdullah.
Burgos berkata, tentera melancarkan serangan awal pagi ini di pekan Parang, Pulau Jolo yang menjadi kubu kuat Abu Sayyaf dan sekutu mereka daripada JI yang berpangkalan di Indonesia.
Umbra yang juga dikenali sebagai Dr. Abu telah banyak kali bolos daripada serangan tentera Filipina dan muncul sebagai tokoh utama dalam Abu Sayyaf.
Kumpulan militan itu didakwa terlibat dalam beberapa serangan pengganas paling dahsyat di Filipina, termasuk serangan bom di dalam sebuah feri di Manila yang membunuh lebih 100 orang, serta banyak insiden penculikan di selatan negara ini.
Abu Sayyaf memberi perlindungan kepada anggota JI di Jolo dan Basilan, termasuk paling kanan antara mereka iaitu Zulkifli dan Abdullah, yang melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa di negara masing-masing.
Abdullah melarikan diri ke selatan Filipina sejurus selepas serangan bom di Bali pada 2002, kata pegawai perisikan tentera Filipina - TQ MyNewsHub

NIK AZIZ NAK BERUNDUR, PAS KELANTAN HALANG..???

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh Pas Kelantan.




"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.


Sebelum itu, Nik Abdul Aziz ditanya pandangannya berhubung hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan tidak mahu bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang.


Nik Aziz berkata, keputusan Abdul Hadi berbuat demikian “adalah masalah dia”, dan sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak mampu berbuat sesuatu terhadap pemimpin tertinggi Pas itu. - BERNAMA


***Kena sergah rupanya....