Wednesday 1 February 2012

PAS MASUK KANDANG BABI....TAGIH UNDI CINA..?????

Malaysiakini letak gambar pemimpin PAS sanggup turun ke gerai babi untuk dapatkan undi orang Cina.



Kalau dulu PAS lah PARTI HALAL HARAM. Semua benda haram bagi PAS ketika zaman AMANAT HAJI HADI. Perempuan nak masuk musabaqah pun mereka haramkan.

Sekarang ni bukan setakat melalak nyanyi lagu gereja, yang pakai purdah pun sambut jual diri atas pentas.





Bila PAS sekarang ni dah tak takut BABI, tidak mustahil insiden ini ada kaitan dengan PAS.

Sekarang ni propaganda PAS semakin menjadi-jadi. Mereka semakin aggresif untuk menuduh pihak lawan.

Ingatkah anda dengan berita ini semasa PRK Bagan Pinang di mana pemuda PAS mengoyakkan baju sendiri untuk menuduh diserang oleh pihak lawan dengan parang.



Make up artis mana la PAS ambil. Tak real langsung darah tu.
Sos ke sirap tu....he'eleh.....
Berapa botol eyemore abis utk drama airmata tu.... hikhikhi!!!!

Kebal gila mamat ni. Kena tetak tak luka tapi cantik je baju tu koyak. Kesan kat kulit pun tak de.
Desparado betul PAS sekarang ni. DI SINI

SAFEE SALI : JUTAWAN BOLASEPAK!!!

Safee Sali Kekal Di Pelita Jaya

Safee Catat Rekod Jutawan Bolasepak Negara, Dapat Kontrak RM2 Juta Di Pelita Jaya!

Safee Sali hari ini telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Pelita Jaya.
Pengurusnya, Zakaria Rahim mengumumkan bahawa kontrak itu termasuk pakej bernilai lebih RM2juta untuk selama 2 tahun termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.
Safee juga akan menerima pakej tambahan ‘image rights’ dimana pihak kelab akan mengusahakan untuk Safee mendapat ‘commercial endorsement’ bagi pelbagai product di seluruh Indonesia ini. Kelab Pelita Jaya juga akan mendapatkan syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.
Safee juga akan diberi peluang untuk bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila peluang dan ruangnya tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara tersebut.
Antara kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya FC di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay.
Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti 5 kelab di liga Brazil yang antaranya adalah Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda yang antaranya ialah Ajax Amsterdam FC.
Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya disana. Namun, mereka masih lagi mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya disana.
Safee juga di lantik sebagai Duta Sekolah Sepakbola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia dan disamping itu juga, di Akademi Sepakbola milik Pelita Jaya, pengurusan Safee Sali sedang berbincang untuk diberikan saham pemilikan akademi tersebut untuk masadepan Safee.
Akademi ini sudahpun mempunyai 600 pelajar di Jakarta sahaja dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia. Kelab juga bersedia untuk membantu Safee memulakan perniagaan di Indonesia apabila beliau tamat bermain dengan Pelita Jaya atau menamatkan karier professionalnya nanti.
Keputusan yang dibuat oleh Safee Sali untuk terus bermain dengan Pelita Jaya adalah satu keputusan yang telah diteliti semasak-masaknya dan setelah mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.
Selain Pelita Jaya, Safee juga ada mendapat beberapa tawaran lain antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand, 4 pasukan dari Malaysia antaranya Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FC dan Johor FA selain pasukan Selangor FA yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk Safee kembali kepangkuan mereka.
Safee juga mendapat tawaran dari pemilik Cardiff City FC untuk bermain disana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempuh sekurang-kurangnya 1 tahun dulu.
Safee juga pernah mendapat tawaran untuk menjalani ujian bersama 5 kelab di German antaranya Eintract Frankfurt, SG Dynamo Dresden. Namun, atas faktor kecederaan dan mengutamakan persiapan pasukan kebangsaan untuk memulakan kempen Pra Piala Dunia 2011 waktu itu, maka Safee terpaksa melupakan peluang keemasan tersebut, namun masih tetap menaruh cita-cita untuk bersama salah satu kelab di Eropah satu hari nanti.
Selain di German, nama Safee Sali juga pernah dikaitkan dengan beberapa kelab lain seperti Galatasaray dan PSG, namun tiada sebarang tawaran atau risikian rasmi yang dibuat oleh kelab2 tersebut seperti kelab-kelab yang disebut diatas. Nama Safee juga bermain di kalangan pemilik kelab di liga India, Vietnam dan Qatar. Safee juga telah ditawarkan untuk bersama Harimau Muda yang bermain di Liga Singapura.
Safee lebih mengambil sikap ingin bermain daripada ingin bersama. Mengetahui faktor umur yang menjadi kayu pengukur kebanyakan kelab, terpaksa Safee lebih mengutamakan peluang bermain untuk meningkatkan lagi tahap permainannya daripada peluang bersama kelab yang belum menjamin tempat untuknya malahan mungkin lebih memanaskan bangku simpanan atau lebih buruk lagi, diletakkan di pasukan liga simpanan kelab.
Di Pelita Jaya, selain pakej pendapatan dan kemudahan, Safee akan dapat lebih peluang bermain di setiap perlawanan yang mengandungi 10 pemain asing di atas padang (Liga Indonesia benarkan 5 pemain asing tiap pasukan) dari pelbagai negara dan kebanyakan mereka adalah bekas atau masih pemain negara masing-masing.
Safee juga adalah kapten kelab Pelita Jaya yang mana ia lebih jelas memberi peluang untuk Safee beraksi di setiap perlawanan. Safee merancang selagi diperlukan, beliau ingin berkelana dengan kerjaya bolasepaknya di luar Malaysia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.
Hanya selepas itu, barulah Safee akan memikirkan untuk kembali bersama pasukan di Malaysia, itupun jika masih diperlukan lagi. Ini semua adalah pengorbanan yang dibuatnya demi membantu pasukan negara dan demi menaikkan semangat anak-anak muda yang ingin berkerjaya di bidang bolasepak secara sepenuhmasa dan professional.
Kedatangan bekas jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan lebih menyakinkan Safee untuk bersama kelab Pelita Jaya ini disamping digandingkan dengan penyerang sensasi Indonesia, Greg Nwongkolo dan bekas penyerang kebangsaan Montenegro, Alex Bajevski yang pernah beraksi di UEFA Champions League, kapten pasukan bawah 23 Indonesia, Egi Mergiansyah.
Walaubagaimanapun, Safee ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama media Malaysia dan FAM yang perihatin dengan kedudukannya disini lantaran permasalahan yang berlaku diantara PSSI dengan Liga Super Indonesia. Safee amat hargai segala pandangan dan kritikan serta saranan yang diberikan.
Zakaria Rahim berkata: “Safee juga ucapkan terima kasih kepada semua pasukan Liga Super di Malaysia yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan memohon maaf tidak dapat memenuhi tawaran mereka untuk kali ini.
“Namun, jika diberikan umur yang panjang dan murah rezeki, Safee akan pertimbangkan sebarang tawaran dari mana-mana pasukan dari Malaysia dimasa hadapan.”
Menurut Zakaria lagi “Ini bukan bererti pintu untuk Safee kembali ke Malaysia sudah tertutup terus kerana dalam sukan professional, segalanya berkemungkinan dan Safee bersedia untuk bersama mereka jika keadaan memerlukan nanti.
“Juga terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan warga Malaysia di Jakarta dan seluruh Indonesia yang sentiasa menemaninya dan memberikan dorongan kepadanya untuk terus berjaya. Paling utama, terima kasih kepada pengurusan Pelita Jaya FC atas keyakinan mereka untuk meneruskan khidmatnya bersama kelab ini untuk selama 2 tahun lagi.”
Safee juga memohon agar didoakan kejayaannya bersama Pelita Jaya FC dan akan pulang untuk bersama skuad Harimau Malaysia selagi tenaganya diperlukan oleh negara. – espnstar.my
*** Adakah semuanya kerana RM..... (bukan mudah nk perolehi RM118k sebulan....)???

BAPA RAHIMI : TINDAKAN DR. MAHATHIR PECAT ANWAR 1998 ADALAH TEPAT..!!!

AIDCNews  – “Saya rasa bersalah. Dan saya kalau jumpa, memang teringin nak minta maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya rasa bersalah…” begitulah luahan Encik Osman Ishak, bapa kepada Rahimi, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Selama ini saya tak percaya beliau. Banyak kutukan..saya tahu apa yang saya pernah kutuk. . Orang kata, ’mahafiraun’.. ‘mahazalim, …kita pun terikut-ikut, kita pun kutuk juga.
Tetapi, bila kita menyedari hakikat itu.. saya rasa bersalah”, katanya.
Menurutnya, sekarang beliau baru disedari bahawa tindakan Dr Mahathir memecat Anwar pada 2 September 1998 dahulu adalah tepat.
“Sekarang, saya tidak akan menyokong Anwar lagi. Sebab itu saya tak takut untuk tinggalkan dia.. Malah saya kini dah rasa berdosa menyokong dia.. saya tak ada terniat lagi untuk menyokong dia. Biarlah apa-apa pun”, katanya.
Ikutilah wawancara bahagian terakhir bersama Osman Ishak, di Shah Alam, 24 Jan yang menyingkap kenangan silamnya mengidola dan memperjuangkan nasib Anwar Ibrahim.
AIDC : Perjalanan Encik Osman mengenali Anwar ..tahun 1974 di Universiti Malaya ?
Osman Ishak : Sebenarnya, semasa ditanya oleh Utusan, saya tersilap. Bukan 1974 tapi 1976..
Ha..1976. Tu lah tersilap sedikit. 1974 itu masa saya masuk ke maktab. Selepas maktab itu, 1976 pula saya pergi ke UM.
Masa itu Anwar dalam ISA.
Masa tu En Osman sudah mengidolakan Anwar ?
Ya lah. ..Saya mengidolakan Anwar ini sejak saya belajar di sekolah lagi..sejak tingkatan 5.
Masa dulu, dia mengetuai ABIM. Saya sentiasa membaca risalah yang dikeluarkan oleh ABIM, saya suka dengan tulisannya dan saya memang mendengar cerita pasal demonstrasi di Baling, di Kampung Hamid Tuah tu kan.
Sebab masa tu, kita orang muda, orang kampung, orang susah..kita rasa Anwar macam ada orang nak membela kita. Jadi, kita bagi sokongan yang tinggi pada orang yang macam itu.
Kemudian, apabila Anwar dipecat pada 2 September 1998. Adakah itu memberi kejutan besar kepada En Osman ?
Ya. Saya masa itu..terkejut. Walaupun kita tidak begitu mendekati perjuangannya dalam UMNO.
Tapi, bila dia dipecat…eh..kita rasa seperti something wrong…Kita rasa ada sesuatu yang tak kena.
Bila orang pergi ke rumahnya masa dia dipecat, Termasuk sayalah. Saya juga pergi. Kali pertama pun saya pergi, saya masih ingat..saya telah membawa anak saya, Rahimi.
Masa itu baru nak melancarkan reformasi. Dalam dua..tiga hari, itulah topiknya..reformasi…reformasi… dan kita pun bersemangatlah.
Dan mulai itu, saya tidak pernah ketinggalan pergi ke rumahnya sehinggalah dia ditahan.
Semasa perbicaraan Anwar di mahkamah, En Osman juga pergi ?
Memang saya selalu pergi ke mahkamah. Memang saya selalu ada. Tapi tak dapat masuklah. Kita di luar saja. Kita memang menunggu bayangannya, kita nak tengok…seronok bila tengok dia angkat tangan…Itu pun sudah cukup.
Rasa simpati kepada Anwar, rasa Anwar dianiayai…begitu maksudnya ?
Ya, begitu lah..
Kita rasa lebih confident kerana pihak Pas yang selama ini selalu mencemuh, mengutuk Anwar..masa itu pun sokong dia…
Jadi, kita rasa kita betul. Kita di pihak yang betul…
Anwar kenal En Osman masa itu ?
Tak kenal…Masa itu… Anwar tak kenal saya.
Masa reformasi 1998 kat Sogo, En Osman juga terlibat ?
Semua saya ada. Rahimi pun ada. Adalah juga masa-masa yang tak ada. Tapi, kebanyakannya memang ada.
Kena kepung dengan polis, masuk kedai buku, macam-macamlah.
Saya juga pergi ikut rombongan ke Kamunting.. saya pergi dengan Rahimi. Masa itu lima reformis yang sokong Anwar kena tahan ISA.
Masa sambut birthday Anwar kat luar penjara Sungai Buloh pun saya pergi… saya bawa satu keluarga pergi ke sana…
Satu keluarga… Bermakna Rahimi sudah dididik dari kecil lagi untuk mengidolakan Anwar ?
Satu keluarga. Ya memang…dididik dari kecil lagi..
Hari Anwar dibebaskan ..2004.. saya pun ada di mahkamah. Kita teruja.. Masa itu di Putrajaya. Kita rasa seronok Anwar telah bebas..
Masa itu, En Osman sudah menjadi aktivis parti ?
Masa itu..2004.. saya belum memegang apa-apa jawatan dalam parti. Tapi saya memang menyokong. Kadang-kadang kalau ada pihak yang memerlukan sumbangan, saya bagi.
Saya bukan ada kerja tetap masa itu, tapi dari segi pendapatan tak ada masalah. Jadi sokongan itu sedikit sebanyak saya boleh berilah.
Saya terus menyokong Anwar. Dia pergi ke Jerman buat pembedahan dan dia pergi ke Amerika jadi pensyarah pelawat di universiti…
Kita rasa perjuangan kita akan mekar, meningkat… Bila dia balik, dia meneruskan perjuangan dan bila dia ke Pahang, saya selalu follow ke mana dia pergi.
Saya mula terlibat dengan jawatan parti lebih kurang setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.
Rahimi sudah bekerja dengan Anwar masa itu ?
Masa itu…belum lagi.. rasa saya belum. Saya tak begitu ingat dengan tepat.
Tapi saya ingat mengapa saya terlibat secara langsung dengan PKR ini kerana permintaan kawan saya, saudara Zakaria Hamid, dia menjadi Ketua Perhubungan PKR Pahang.
Saya memang kenal saudara Zakaria sejak dia masih lagi dalam UMNO lagi. Dia pun tahu saya,..dia pun tahu contribution saya..
Jadi, dia mempelawa saya untuk bersamanya dalam AJK negeri untuk memantapkan parti, untuk menghadapi pilihan raya 2008.
En Osman pernah ditawar bertanding ?
Bila Pilihan Raya 2008 tu, saya ada diminta bertanding. Tapi, saya menolak, sebab saya bukan orang politik.
Sebenarnya, saya tidak ada hasrat nak jadi wakil rakyat. Bukan takut kalah.
Sebenarnya saya juga pernah cakap dengan Anwar, saya menolak bukan kerana takut kalah tapi takut menang. Sebab saya bukan politician, saya tak pandai. Saya bukan pandai berlakon.
Kalau jadi orang politik ini kena ada give and take.
Saya tidak begitu, saya straight forward. Jadi, saya tak ada ciri-ciri itu.
Pada satu ketika, calon DUN Chini menarik diri. Bila dah tak ada calon, ada pembantu Zakaria suruh saya bersedia. Jadi masa itu, saya tanya isteri saya macam mana, “terserahlah pada abang”, kata isteri saya.
Saya pun kata boleh. Tak apalah, saya pun tak nak bagi menang percuma …
Boleh untuk jadi calon ?
Ya, untuk jadi calon di Chini.
Pada masa yang sama, saudara Zakaria yang jadi Ketua Perhubungan Pahang telah berbincang dengan pihak Pas dan Pas sanggup mengambil alih calon kawasan tersebut.
Jadi, selamatlah saya daripada menjadi calon. Kalau tidak terpaksa saya masuk politik.
Tadi sebut bercakap sendiri dengan Anwar soal jadi calon. Maksudnya Anwar call En Osman ?
Ya. Masa itu dia call sendiri..saya ingat… Zakaria lah minta… sebab Zakaria pernah pujuk saya, saya kata tak nak.
Mungkin Zakaria minta Anwar pujuk saya. Saya kata saya keberatan. Saya memang bukan orang politik. Tak ada cita-cita untuk nak jadi wakil rakyat..
Jadi, selepas itu baru terlibat dengan parti ?
Sejak itulah. Sejak itu saya dah jadi AJK Negeri. Kemudian, lepas pilihan raya dah menang kebetulan cabang Bentong telah dibatalkan pendaftaran. Jadi dihidupkan semula. Bila nak hidupkan semula, nak mencari ketua baru, untuk buat AGM yang baru, saya diminta untuk ambil alih dan ke depan.
Dan saya bertanding, saya menang. Bukanlah diberi jawatan begitu-begitu sahaja, saya memang bertanding.
Masa kemenangan 2008 itu, En Osman gembira dengan kemenangan yang begitu besar ?
Gembira. Rasa bangga, kata orang, tidaklah menjangka kemenangan sebesar itu. Apabila kemenangan dicapai sebegitu, saya rasa gembira sebab saya memang bertungkus-lumus semasa pilihan raya di Pahang.
Walaupun di Pahang cuma menang 2 kerusi sahaja. Tapi saya rasa saya telah bekerja kuat untuk parti.
Masa 16 September 2008 yakin Anwar akan jadi PM ?
Yakin. Saya yakin dia akan menjadi Perdana Menteri. Selepas diwar-warkan 16 itu… Kita rasa betullah. Kita rasa benda itu betul.
Pada kita, Anwar memang pandai cari jalan bila benda yang tidak boleh pun dia boleh jadikan boleh.. berdasarkan pengalaman mahkamah masa 1998 dulu..kita rasa tak ada jalan dah, tapi dia boleh fight.
Mungkin ramai yang beranggapan walaupun nampak tak masuk akal tapi ramai yakin Anwar ada jalan. Jadi, kita rasa confident dengan 16 September itu.
Maksudnya yakin Anwar boleh bentuk kerajaan 16 September ?
Ya, yakin. Saya, masa itu terpengaruh berdasarkan keyakinan history… Macam kes mahkamah dulu, dia dapat mengatasi benda-benda itu.
Jadi, pada saya kes 16 September ini pun senang saja untuk dia atasi. Kita rasa akan tercapai.
Tapi, bila sampai hari 16 September, tak ada apa-apa terjadi…
Adakah kegagalah 16 September mengurangkan kadar kepercayaan kepada Anwar ?
Tak ada. Masa itu tak ada. Kita tahu walaupun kita yakin kita tahu masalahnya bukan mudah. Perkara itu bukan mudah untuk dilaksanakan.
Pada masa itu pun ada rentetan kisah Rahimi, Saiful dan sebagainya. Kemudian ditenggelami dengan isu 16 September. Itu pun tidak mengonyang keyakinan En Osman ?
Tak ada..tak ada.
Ketika itu, Rahimi masih lagi dengan Anwar.
Saya pun banyak bertanya Rahimi berkaitan 16 September. Tapi jawapannya nampak macam biasa saja. Tidaklah begitu tinggi dia punya expectation.
Bermakna faktor video seks itu lah yang betul-betul mengubah pendirian ?
Ha.. isu video seks yang betul-betul mengubah saya. Sebab saya kata, saya ini jenis orang yang berfikir, mata dan kepala sendiri…
Saya tak boleh deny lagi kata orang. Saya punya hati kecil buat kesimpulan itu dan tak boleh tolak.
Apa komen En Osman tentang keputusan mahkamah yang melepaskan dan membebaskan Anwar?
Sebelum keputusan itu dibuat, saya memang mendengar ramai pihak yakin Anwar akan dijatuhi hukuman bersalah dan mungkin akan dipenjara.
Tapi, bila keputusan keluar, didapati Anwar tidak bersalah.
Jadi, Saya teringat balik pembelaan diri Anwar sama ada di dalam mahkamah atau di luar mahkamah.
Dia sendiri yang mencanangkan teori konspirasi.
Kalau teori konspirasi, takkan dia boleh dibebaskan… Itu pada pandangan saya. Jadi, yang tinggal 1 peratus lagi.. reserve saya tadi, sudah jadi 100 peratus.
Maknanya tidak benar teori konspirasi yang dilaungkan selama ini ?
kepercayaan saya 100 peratus terhapuslah terhadapnya.
Bermakna keputusan mahkamah 9 Jan tidak mengoyangkan pendirian En Osman kembali sokong Anwar ?
Tidak. Tidak sama sekali. Memang pendirian sudah dibuat semasa menonton video tersebut. Malah keputusan mahkamah itu menambahkan yang 1 peratus saya sebut tadi, melengkapkan ia menjadi 100 peratus kepercayaan saya terhapus terhadap Anwar Ibrahim.
En Osman baca wawancara ustaz Ismail Mina berkenaan pluralism ?
Ya. Berkaitan dengan akidah. Sebelum ini, saya tidak begitu concern berkaitan dengan pluralism, plurality dan sebagainya.
Saya tidak memikir sangat antara perbezaan pluralism, plurality..
Jadi, penerangan ustaz Ismail Mina itu mencelikkan mata saya …kalau saya juga berpandangan begitu, akidah saya akan …
Tergelincir ?
Ha, tergelincir. Boleh tergelincir.
Saya fikir, ini lagi satu isu yang saya perlu jauhi dan mengelak daripada menyokong mana-mana pemimpin yang menyimpang.
Tambah satu lagi point kenapa saya perlu menjauhkan diri.
Maklumlah, kita ini bukannya orang yang warak. Kalau dah lah amal, ibadat kurang, tapi tergelincir pula dari segi aqidah…habislah kita.
Ini saja harta kita yang ada sekarang iaitu Islam. Kalau itu pun kita buat tak kisah, kita rasa tak apa, habislah.
Pada pandangan En Osman, ada tak perbezaan Anwar sejak zaman pelajar, reformasi dan sekarang ?
Zaman pelajar dulu, saya tengok dia, kalau bercakap dia banyak quote hujah-hujah Islam, al-Maududi, Hassan Al-Banna.. kitab itu kitab ini dan sebagainya.
Tapi sekarang ini, dah tak ada dah itu semua.
Sekarang, dia banyak menyebut.. quote daripada falsafah-falsafah Barat.
Itu perbezaan yang ketara dari segi pandangan saya.
Kemudian, dari segi Islam. Sekarang, dia cuma sentuh sekali-sekala. Dia banyak bercakap tentang keadilan.. kesamaan.
Malahan, kalau dulu dia hanya memperjuangkan kepentingan orang Melayu, bahasa Melayu, kepentingan Islam…tapi hari ini, saya tak pernah dengar agendanya untuk orang Melayu di dalam Pakatan Rakyat.
Setakat ini, saya tak nampak agenda khusus untuk orang Melayu. Yang kita nampak adalah agenda meritokrasi, memberi kesamaan, ‘anak Melayu anak saya..anak India adalah anak saya…anak Cina anak saya’, itu sahaja yang selalu dia laungkan.
Melayu itu sama saja pada pandangannya.
Agenda Melayu terpinggir, maksudnya ?
Kalau tak ada unsur-unsur untuk menangani keadaan itu, saya khuatir masa depan umat Melayu akan terhakis.
Saya cukup khuatir sebenarnya. Dan kekhuatiran ini mungkin tidak dirasai oleh penyokong-penyokong PKR tapi sebab mereka tidak mendalami perkara ini, jadi mereka tidak kisah.
Mereka cuma bersemangat.. Mereka tidak mendalami akibat daripada itu.
Bila sampai part ini, saya sangat concern berkaitan dengan masa depan orang Melayu, agama Islam, negara kita.
Dan lagi kita tengok…maaflah sebut.. Pas pun kita tengok tidak seperti dulu. Seperti ada perubahan, ada kelembutan, give way di sana-sini.
Kalau dulu, kita kata orang Melayu ni ‘alibaba’ dari segi bisnes. Sekarang ini, saya nampak orang Melayu nak jadi ‘alibaba’ dalam politik pula.
Maksudnya ?
Dulu dalam bisnes Melayu jadi ‘alibaba’. Letaklah Melayu sebagai Chairman, sebagai Director ke, dah cukup. Sekarang ini, trend itu sudah berlaku dalam parti politik pula.
Saya tengok, orang Melayu dah mula berlumba-lumba masuk DAP. Ada tokoh-tokoh ini cuba nak masuk. Mengapa ?
Nak kata mereka nak berjuang…Pas ada, PKR ada. Tapi mengapa DAP yang dipilih ?
Saya takut dalam fikiran mereka, ada mentaliti subsidi dari segi politik pula.
Misalnya di Perak, katalah macam dulu. DAP mendapat kerusi yang banyak, tapi mereka tak ada calon Melayu dan tak boleh jadi MB.
Sekarang ini, dah ada orang Melayu, mereka mungkin boleh letak MB di Perak jadi MB proksi.
Kita tak mahu macam itu.
Dulu ‘alibaba’ dalam meniaga. Maknanya, kita tahu ada company besar-besar meletakkan orang Melayu sebagai Pengarah. Tapi syernya tak ada. Aktiviti bisnesnya pun tidak, cuma untuk nama dan meeting sahaja
Jadi kita tak nak perkara ini juga turut berlaku dalam politik. Sedangkan dari dulu lagi orang Melayu hanya miliki kuasa politik.
Saya tengok, orang Melayu macam dah kehilangan yang itu…tambah pula pemimpin tidak lagi bercakap pasal Melayu, saya rasa kita macam akan kehilangan sesuatu.
Sebab itu, saya rasa, walaupun orang memandang negatif kepada Dato’ Ibrahim Ali, tapi, saya bangga dengannya. Sebab dialah satu-satunya orang Melayu yang tak malu memperjuangkan orang Melayu. Hanya dia.
Orang lain tak mahu lagi, seolah-olah malu. Jadi ke mana kita ?
Macam Utusan Malaysia ?
Ha…macam Utusan Malaysia, dulu saya tak baca dan menolak. Dulu, saya menganggap Utusan Malaysia atau apa yang seangkatan dengannya, saya rasa fitnah.
Sekarang ini saya tahu keadaan sebenarnya, siapa yang fitnah siapa yang bercakap benar.
Saya bangga dengan Utusan Malaysia.. sebab daripada dulu sampai sekarang, itulah nadanya. Tak malu, tak segan, tak jemu. Itulah dia.
Sekarang, setiap kali saya beli Utusan Malaysia, saya sengaja tunjukkan, saya kepit, saya tak malu dah.
Dulu, kalau kita pandang orang beli Utusan, kita rasa..apalah dia ni. Tapi sekarang tidak lagi. Saya tunjuk. Orang nak hina saya, nak kata saya, saya tak peduli.
Mungkin dulu kita terikut-ikut. Tapi sampai masanya kita akan berfikir secara rasional. Bila kita dapati fakta yang benar, kita akan mengubah pendirian.
Dulu En Osman menyokong Anwar dan melihat Tun Dr. Mahathir sebagai negatif. Dalam hati tadi yang sudah 100 peratus dengan kes video, sodomi, pembebasan mahkamah, pluralism. Kini apa pula tanggapan En Osman kepada Tun Dr. Mahathir ?
Saya membaca buku beliau yang baru ini.. saya mengaku lah..memang saya ada rasa bersalah.
Selama ini saya tak percaya beliau. Banyak kutukan..saya tahu apa yang saya pernah kutuk. . Orang kata, ’mahafiraun’.. ‘mahazalim, …kita pun terikut-ikut, kita pun kutuk juga.
Tetapi, bila kita menyedari hakikat itu.. saya rasa bersalah. Dan saya kalau jumpa, memang teringin nak minta maaf dengan Tun Dr Mahathir. Saya rasa bersalah.
Dulu, apa saja Tun Dr. Mahathir buat orang kata, tak betul. Bila dia cakap pasal pisau cukur dengan janggut Nabi, orang kata akidah rosak.
Tapi sekarang ini, ada orang lain yang menghubungkan Tuhan dengan perbuatan buruk manusia pun, seperti ‘Tuhan samseng’, ‘Tuhan mencarut’.. tiada siapa pun yang komen. Itu double standard.
Saya rasa orang ramai pada masa itu, memang berniat untuk memburuk-burukkan beliau.
Malahan sekarang ini pun, sampai ada orang kata ‘orang itu macam Nabi’ pun..tak ada siapa yang komen. Tak ada.
Begitu juga dulu, Tun memecat Anwar. Ini tak betul, zalim, konspirasi. Tapi sekarang ini, satu kelompok dulu yang mempertahankan Anwar dipecat, sekarang ini, kelompok yang sama juga memecat salah seorang daripada tokoh mereka.
Maksudnya, Dato’ Dr. Hasan Ali ?
Ya. Dato’ Dr. Hasan Ali. Tak ada pun bunyi-bunyi kata tak adil.
Saya rasa benda-benda ini semua mengelirukan orang-orang yang tidak boleh berfikir.
Dr. Mahathir lepas beliau berhenti baru anaknya masuk politik. Tapi, dalam kes PKR ini..tengok… Anwar – Ketua Umum, Datuk Seri Wan Azizah – Presiden, anak dia Nurul Izzah jadi Naib Presiden.
Kalau sayalah sebagai Nurul Izzah .. saya tidak akan bertanding jawatan itu walau apa pun. Saya akan duduk dari luar kepimpinan parti tapi watch out.
Orang tahu, walau tanpa jawatan pun orang akan pandang kita sebagai suara pihak kepimpinan.
Dan kalau saya pula jadi bapa kepada Nurul Izzah…saya akan kata, “tak payah masuk politik..you duduk diam.. belajar dulu. You masih muda..”
Maksudnya, bapa pun tak larang, mak pun tak larang ?
Ha..bapa tak larang, mak tak larang dan anak pun nak.
Sekarang ini, apa yang dituduh kepada UMNO yang dulu-dulu, dah terbalik kepada puak-puak ini. Rosak akidah ke.. memecat tanpa keadilan ke..
Dulu, kata UMNO menolak hudud… kafir. Sekarang ini. mereka sendiri gugurkan Negara Islam. Macam mana pula tu ?
Jadi, maknanya perkara yang berlaku sekarang menjawab apa yang berlaku masa dulu. Tuhan maha adil.
Sekarang dapat rasakan apa yang Tun Dr. Mahathir lakukan pada 2 September 1998 itu adalah betul ?
Sekarang ini, ya. Bagi sayalah.. sekarang.. saya rasa begitulah. Cuma kita tidak mengetahui apa hikmah dan tidak tahu details, behind the scenes.
Sekarang, saya tidak akan menyokong Anwar lagi. Sebab itu, saya tak takut untuk tinggalkan dia.. Malah saya kini dah rasa berdosa menyokong dia.. saya tak ada terniat lagi untuk menyokong dia.
Biarlah apa-apa pun. Walau pun.. lepas ini Pakatan Rakyat menang ke.. saya tetap begini..saya tetap dengan pendirian saya.
Kini, bagaimana pula hubungan En Osman dengan anak, Rahimi ?
Ha, kembali pulih. Sudah baik seperti sedia kala. Harmoni hubungan anak-beranak. Rasa hubungan anak-beranak betul lah..