Monday 14 November 2011

MB PERAK ~ TERUSKAN AGENDA TURUN PADANG, SELAMI PERMASALAHAN RAKYAT


SEMUA pemimpin masyarakat termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta meneruskan program turun padang di kawasan masing-masing bagi menyelami sendiri permasalahan penduduk serta mencari jalan untuk mengatasinya dengan kadar segera.

KECEWA TIDAK DIJEMPUT KE PENDENGARAN AWAM PSC

Sedih mendengar keluhan Nasrudin [ Tantawi ] Ketua Pemuda Pas yang nak menganjurkan BerShit 3.0.  Tantawi  ingin mengantikan Ambiga dan ingin menonjolkan dirinya untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen. Kedua ialah Tantawi amat kecewa kerana nama beliau tidak disenaraikan dalam jawatan kuasa pilihan khas parlimen [PSC]  dan tidak dijemput untuk hadir ke pendengaran awam yang telah berlangsung pada 11 dan 12 November di Kuala Lumpur. Wakil Pas yang dilantik ke jawatan kuasa PSC  ialah Dr Mohd Hatta Ramli sahaja.

ANTARA ZARINA ANN JOULIE DAN SALMA HAYEK....

ZARINA ANN JOULIE :


 KUALA LUMPUR – Kecoh di blog-blog hiburan tanah air mengenai isu aktres Zarina Ann Joulie yang beraksi panas menayangkan lebih separuh payudaranya di hadapan lensa majalah hiburan negara jiran, FHM Indonesia.

Boleh dikatakan semua blog-blog hiburan terkenal tanahair menyiarkan gambar menghairahkan Zarina hingga membuatkan ramai peminat kecewa dengan tindakan aktres yang gagal menyerlah selain meraih populariti melalui imej seksi dan kontroversi berbaur seks.

PELAJAR TERLIBAT KONGSI GELAP DI LUMUT

Polis menahan 180 orang, tujuh daripada mereka wanita yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap dalam serbuan di sebuah rumah rehat, di Teluk Batik, Lumut 110 km dari sini malam tadi.



Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan, berkata mereka yang berumur antara 17 dan 30 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 9 malam hasil maklumat orang awam.
Antara yang ditahan ialah 39 pelajar sekolah berusia 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia minggu depan dan beberapa orang penjawat awam, katanya ketika dihubungi hari ini.

SEKOLAH PERIKANAN DI SITIAWAN MOHON DIPERCEPATKAN


MAJLIS Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) diminta supaya mempercepatkan kerja-kerja membina sebuah Sekolah Perikanan di Kampung Acheh, Sitiawan bagi melatih tenaga mahir serta separuh mahir dalam industri perikanan negara.