Wednesday 30 March 2011

MAJLIS RAMAH MESRA JKKK MUKIM LEKIR - 27 MAC 2011

MAJLIS 2 DALAM 1

PENDAFTARAN



PERTANDINGAN KERABU PUCUK BETIK

Antara tetamu yg hadir

Tetamu Bengkel

Pengadil yg adil lagi bijaksana....

JKKK tuan rumah....sedang berbincang..

Sedang tekun mengikuti bengkel..
sessi dalam dewan..

Ke mana tumpahnya kuah...... anak2 arwah Pak Ya..

Acara yg paling mendapat perhatian....  SEPAKAN PENALTI

Penghulu Mukim...turut serta merasa kerabu..


Sessi JKKK di luar dewan....

Pn. Hjh. Norainy Ihsan...bersama Dr. Azizah
antara tetamu yg hadir.

S/U Sulit Khas MB sedang memberikan ucapan....


SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG  TELAH BERTUNGKUS-LUMUS MENJAYAKAN MAJLIS INI.

Friday 25 March 2011

HOKI LELAKI SUPER VI - TEAM MANJUNG 2011

 Pemilihan kali ini adalah yang berumur 20 tahun ke bawah.  Rata-rata pemainnya adalah lepasan sekolah yg sedang menunggu keputusan SPM 2010.  Terdapat juga yang masih di bangku sekolah.  Memandangkan game dijalankan pada waktu cuti sekolah pertengahan penggal pertama, peluang ini digunakan sepenuhnya untuk mengisi masa lapang, di samping semangat kesukanan yang tinggi dan minat mendalam.


Pasukan Manjung kali ini dilihat sebagai yang paling mantap dari edisi terdahulu.


Ianya dibantu dengan pengalaman salah seorang pemainnya yang mewakili UiTM dalam TNB - MHL 2011, yang mempunyai skill permainan yang tinggi.


Namun begitu, perjuangan anak-anak muda ini  hanya sekadar memperolehi tempat ke-4, apabila kalah separuh akhir kepada pastukan PUO (Politeknik Ungku Omar).


Kalah menang adat perlawanan. Tetapi team ini sebenarnya mengimbau kembali susah payah Mr. Aziz dan arwah cikgu Azhar menggilap bakat-bakat sebahagian besar dari mereka.  Lapan (8) orang pemain dari kesebelasan utamanya adalah bekas pemain Kayan Tigers!!!.... Tapi di sini...ketika game ini berlangsung....kedua-duanya tidak menyaksikan bekas anak-anak harimau ini bertarung .....Di tempat yang sama untuk 7 tahun berturut-turut menjadi Johan Daerah....ketika Mr. Aziz menjadi manager dan arwah ckg Azhar menjadi coach.  Mereka pastinya bangga altenatif yang mereka usahakan telah membolehkan anak-anak ini dikenali di arena hoki daerah khasnya dan Perak amnya....


TAHNIAH....buat....MUSTAQIM, MUAZZIN, ANGAH, FARIZ, AZRIN, MAJID, IMAN & SHAZWAN. Anda telah mengharumkan Manjung di persada hoki negeri Perak.....
Teruskan perjuangan....jadikan team yang lebih mantap untuk 2 tahun akan datang....dengan kehadiran bakat-bakat yang sedang digilap sekarang ini.....


Terima kasih kepada Mr. Aziz dan Al-Fatihah buat cikgu Azhar - semoga dtempatkan rohnya bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan soleh....

10 CIRI ORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF

10 Ciri Orang Yang Berfikiran positif

Semua orang yang berusaha meningkatkan diri dan ilmu pengetahuannya pasti tahu bahawa hidup akan lebih mudah dijalani bila kita selalu berfikir positif. Tapi, bagaimana melatih diri supaya fikiran positiflah yang ‘berlegar' di kepala kita, tak banyak yang tahu. Oleh kerana itu, sebaiknya kita kenali saja dulu ciri-ciri orang yang berfikir positif dan mulai mencuba meniru jalan fikirannya.

1. Melihat masalah sebagai cabaran
Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuatkan hidupnya jadi paling sengsara di dunia.

2. Menikmati hidupnya
Pemikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaannya dengan senang hati, meski tak bererti ia tetap berusaha untuk mencapai hidup yang lebih baik.

3. Fikiran terbuka untuk menerima saranan dan idea orang lain
Dengan itu, boleh jadi ada hal-hal baru yang akan membuat segala sesuatu lebih baik.

4. Nyahkan fikiran negatif dengan segera setelah fikiran itu terlintas di benak
‘Memelihara’ fikiran negatif lama-lama boleh diibaratkan membangunkan singa tidur. Sepatutnya tidak apa-apa, tapi ternyata boleh menimbulkan masalah.

5. Mensyukuri apa yang dimilikinya
Bukannya berkeluh-kesah tentang apa-apa yang tidak dipunyainya.

6. Tidak mendengar gosip yang tak menentu
Sudah pasti, gosip berkawan baik dengan fikiran negatif. Kerana itu, mendengarkan perbualan yang tak ada kebaikannya adalah perilaku yang perlu dijauhi oleh si pemikir positif.

7. Tidak mencari alasan, tapi terus melakukan tindakan
Pernah dengar perkataan “NATO” (No Action, Talk Only), kan? Ya, pemikir positif ini jelas bukan pengikutnya.

8. Menggunakan bahasa positif
Maksudnya, ayat-ayat yang bernadakan optimisme, seperti “Masalah itu pasti akan dapat diselesaikan,” dan “Dia memang berbakat.”

9. Menggunakan bahasa tubuh yang positif
Di antaranya adalah senyum, berjalan dengan langkah tegap, dan gerakan tangan yang ekspresif, atau anggukan. Mereka juga berbicara dengan intonasi yang bersahabat, bersemangat, dan ‘hidup’.

10. Peduli pada citra diri
Pemikir positif berusaha menunjukkan penampilan baik, bukan hanya di luar, tapi juga di dalam dirinya.

Tuesday 22 March 2011

KALAULAH HAIWAN LEH BERFACEBOOK........

KALAU BINATANG ADE FB.......
Agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu.......

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."
Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?
katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.
Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Restoran Darul Ridzuan... Meh la join sekali.
Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..
lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....
itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring arrr....., duduk sorang2 dalam tangki ni.
Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?
Udang: nasib baik aku xde tulang, xde la sakit badan..
Sotong: trauma la aku bile dgr perkataan 'salut tepung'..



Nukilan asal seorang rakan FB...diganti beberapa patah perkataan utk kesesuaian tempat dan ayat..

Thursday 10 March 2011

PAS TIADA AGENDA MAHU TUBUHKAN NEGARA ISLAM....





Kenyataannya:


Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut :

Sunday 6 March 2011

6 Mac 2011 - PRK DUN MERLIMAU DAN KERDAU




KEPUTUSAN RASMI : PRK pada 6 Mac 2011 / 1 Rabiul Akhir 1432H

Saturday 5 March 2011

PAS......HANYALAH SEBUAH PARTI POLITIK....TIDAK MELAMBANGKAN DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM

21 DALIL PAS BUKAN PARTI ISLAM

1. PADA MULANYA…Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983) 

KEMUDIANNYA..PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12. 

2. PADA MULANYA…Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”. 

KEMUDIANNYA..Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang. 

3. PADA MULANYA…PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. 

4. PADA MULANYA… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga Babi” 

KEMUDIANNYA..Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’. 

5. PADA MULANYA…PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi. 

KEMUDIANNYA..Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”. 

6. PADA MULANYA…Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”. 

7. PADA MULANYA…Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat. 

KEMUDIANNYA..Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..” 

8. PADA MULANYA…PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir” 

KEMUDIANNYA..PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan. 

9. PADA MULANYA…PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”. 

KEMUDIANNYA..PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar. 

10. PADA MULANYA…PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”. 

KEMUDIANNYA..PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak) 

11. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara...menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan. 

13. PADA MULANYA… Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah. 

KEMUDIANNYA..PAS perintah Kelantan dah 21 tahun, sekarang Kedah, Perak dan Selango dan 3 tahunr, mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara 

KEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana? 

15. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam” 

KEMUDIANNYA..PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”. 

16. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya” 

KEMUDIANNYA..PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar Abdul Aziz. 

17. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib). 

KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja? 

19. PADA MULANYA…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka. 

KEMUDIANNYA..PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?. 

20. PADA MULANYA…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam 

KEMUDIANNYA..PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah) 

21. PADA MULANYA…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam. 

KEMUDIANNYA..PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.



( DIPETIK DARI NUKILAN : SAUDARI ROSHATIKA ABU BAKAR )

WAHAI BANGSAKU.....BERSATULAH..


BERSATULAH BANGSAKU!

Bangsa Melayu hari ini berada di persimpangan yang amat menggerunkan. Orang Melayu hari ini sedang duduk di dalam satu dilema yang mengerikan. Benarkah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu semakin terhakis. Atau benarkah ada ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri, akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda pada hari ini.

KENYATAAN TUN M YANG SANGAT MENARIK SEKALI.....



Baru hari ini berkesempatan untuk memuatkan kenyataan Dr. M di sini.....

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

SEBAHAGIAN GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI MB PERAK DI N28 KERDAU....

 Pemimpin berjiwa rakyat.....

DI ANTARA WAJAH-WAJAH PAS.......

Kalau benar Pas ingin menjadi sebuah parti Islam yang menentang segala kemungkaran dan menegakkan syiar Islam, maka bersikaplah seperti itu. 

Janganlah memilih-milih isu, kalau isu itu menguntungkan pakatan pembangkang maka ia akan disokong atau digembar-gemburkan tetapi kalau ia merugikan pembangkang maka ia akan disenyapkan begitu sahaja. 

Pas perlu faham sikap tidak konsisten mereka dalam pelbagai isu yang berlaku boleh mengelirukan bukan sahaja ahli-ahli parti tersebut tetapi juga umat Islam secara keseluruhannya. 

Sebagai sebuah parti yang menjadi Islam sebagai asas perjuangan, Pas tidak boleh berdolak-dalik dalam sesuatu isu atau mengubah pendirian hanya semata-mata kerana kepentingan politik. 

Dalam Islam yang benar tetap benar, yang batil tetap batil. Pas tidak boleh menjadi ibarat sesumpah yang mampu bertukar wajah bila-bila masa demi menyelamatkan kepentingan politiknya.

Lebih penting daripada itu, Pas harus diperingatkan bahawa sikap tidak konsisten mereka lambat-laun tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada mereka, sebaliknya dilihat akan menguntungkan sekutunya iaitu DAP dan PKR. Buktinya sudah ada! PAS kalah semua Pilihanraya kecil kebelakangan ini di kawasan majoriti pengundinya melayu Islam.

UNDI PAS MASUK SYURGA..?


Setelah berbagai strategi yang dilakukan tidak berkesan...PAS sekali lagi menjanjikan Syurga untuk pengundi Kerdau...menyedihkan...harap pengundi tidak tertipu...

LUAHAN ANAK MUDA MELAYU TERHADAP AGAMA DAN POLITIK TANAHAIR





LUAHAN RASA SEORANG ANAK MUDA UNTUK RENUNGAN PENGUNDI MELAYU/ISLAM MERLIMAU DAN KERDAU

Saya bukanlah seorang penulis ataupun seorang ahli politik, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.