Tuesday 18 January 2011

BERTAMBAH SAJA USIA KITA.... KITA TELAH MENGHAMPIRI ALAM BARZAKH


 ( NOTA DARI SEORANG RAKAN ) :

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Sebenarnya apabila kita bangkit saja daripada tidur dipagi hari untuk mengerjakan solah subuh, sebenarnya itu tandanya usia kita telah meningkat. Meningkat menghampiri kematian dan menuju ke alam Barzakh. Alangkah bahagiannya sekiranya bertambah saja usia kita maka bertambah pula amal soleh, amal ibadah dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Alangkah ruginya kita jika yang bertambah itu adalah dosa, kemungkaran, maksiat dan kerja-kerja yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.

Sunday 9 January 2011

BANTU ANAK-ANAK .....( PERANAN BESAR IBUBAPA )


Peranan ibubapa sangat besar di dalam membantu anak-anak menjalani kehidupan seharian seterusnya menuju masa depan.  Ibubapa perlu mambantu anak-anak untuk menerima perubahan kendiri dari segi pertumbuhan fizikal dan seksual.  Bimbingan, tunjuk ajar dan penjelasan perlu diberi agar anak-anak menyedari dan menerima perubahan-perubahan tersebut.

Wednesday 5 January 2011

BERPESAN-PESAN.....

WAHAI TEMAN,


Jangan bangga dengan 'body glove' dan 'padini' kerana pakaian terakhir kita adalah KAIN KAFAN.


Jangan bangga dengan 'Bugati' dan 'Harley Davidson' kerana kenderaan terakhir kita adalah KERANDA.